Jumaat, 4 September 2015

Hotel Terima LO di Gua Musang Kelantan

Hotel Welcome Inn GM, Gua Musang Kelantan

Berdasarkan semakan aku melalui googles di Gua Musang Kelantan terdapat lebih daripada 14 buah hotel. Kadar bermalam yg ditawarkan oleh setiap hotel tersebut adalah berbeza. Bagaimanapun bagi penjawat awam, kadar tersebut masih dalam kategori amat berpatutan dan melepasi tahap kelayakan penjawat awam. Namun ada satu masalah yg penting. Bagi jabatan yg inginkan outstation kesana mmg lebih senang kalau byr cash atau guna kad kredit dan claim kemudian. Tp bagi yg kurang mampu atau ingin group booking terpaksalah pakai LO atau borang kaler pink tu. 

Utk makluman rakan2, hanya ada 2 hotel sahaja yg boleh terima LO jabatan kerajaan. Yg pertamanya adalah yg top dan slalu digunakan oleh badan kerajaan ialah hotel Kesedar Inn di bandar Gua Musang. Hotel kedua yg boleh terima LO ialah hotel baru bernama Welcome Inn GM yang terletak di Bandar Baru Gua Musang. 

Hotel Kesedar Inn rasanya tak yah la crita sbb hotel ni mmg da top digunakan bdn kerajaan. Saya nk crita yg hotel Welcome Inn GM. Berdasarkan pengalaman saya stay selama 4 hari di hotel tersebut, rasanya amat memuaskan hati. Walaupun hotel tu baru tp biliknya cntik dan lengkap. Ada astro, jug air dan water heater serta wifi percuma. Bilik airnya juga cantik. Sebelah hotel tersebut ada restoren cofee dan pasaraya mini. Rate hotel ni rasanya dalam rm90 je kalau tak silap la. Lupa plak. 

Kat bawah ni ada gmbar pintu depan hotel tersebut utk mudahkan rakan2.
Muka depan hotel
 
Bilik Hotel Kemas dan Selesa


Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails