Sabtu, 26 Mei 2012

Kebaikan Memasang NGV

Sekarang aku nak sambung, contradict dengan post aku sebelum ni pasal keburukan NGV. Sekarang nak cerita pasal kebaikan dia plak. Sebenarnya pasang NGV ni banyak kebaikannya, secara jujurnya aku memang bersyukur sgt2 sbb adanya benda alah NGV ni. Menjimatkan!. Dalam 70% jimat. Kalau dulu duit minyk aku RM15-20 sehari, sekarang RM4-5 sehari sahaja. Best tak!.

Tapi itulah, keadaan jimat ni ikut kereta jugak, aku pakai iswara 1.3 sistem kaburetor mcm teksi. Skrg ni masih takde masalah dan amat memuaskan hati. Tapi aku pernah tgk la org pakai waja, kia dan perodua SE pun de. Adoi, SE pun turut sekali ke? hehe..baik beli iswara then pakai petrol..Daripada pakai SE then guna NGV. Rugi! function SE takdapat guna. hihi..eh melalut kuar topik plak.

Okay, stakat ni iswara max speed dalam 120-130km sejam. Lebih aku terasa mcm gas tak dapat tangkap pembakaran dengan kelajuan tu..tak disyorkan bro...

Kebaikan yang paling best skali adalah roadtax.. Dalam 70% kurang ..emm, jimat lagi. So kesimpulannya aku memang suka pakai NGV. Walaupun de keburukannya jugak, tapi okaylah, lagipun keta iswara tu aku pakai buat gi keja je..Okay......Terima kasih sudi membaca perkongsian ini...

Jumaat, 18 Mei 2012

Final Piala FA 2012

Final piala FA antara pasukan negeri aku, Kelantan melawan KL Sime Darby akan berlangsung malam esok. Tak sabar rasanya aku nak tengok game tu. Aku confident pasukan kesayangan aku akan menang. Apa pun diharapkan pasukan The Red Warriors tidak terlalu over confident kerana aku rasa KL Sime Darby akan mengamalkan corak bertahan dan serangan balas. Apapun all the best to Kelantan. Semoga dapat bawa pulang Piala FA ke Kelantan. Do it or do not! There is no try Kelantan!.

The Red Warriors Rules!!!!


Keburukan Memasang NGV


Okay..ari ni aku ingin berkongsi sikit pasal keburukan memasang NGV. Ini adalah berdasarkan pengalaman aku menggunakan NGV pada proton iswara aku. Pertama sekali, keburukan yang semua orang tahu adalah NGV ni kurang pikap dan kurang power. Ini boleh dirasa sebaik sahaja anda bertukar kepada sistem NGV ni. Paling mudah nak rasa adalah bila naik bukit. Kena pakai gear 1. Keburukan yang kedua adalah bila nak bertukar daripada minyak kepada NGV. Minyak dalam piping perlu dihabiskan terlebih dahulu, kalau tak kereta akan tersedu sedan dan mati.

Bila pakai NGV ni, waktu pagi perlu guna petrol dulu, lebih kurang1-2km sebabnya NGV adalah gas, dan gas sejuk pada waktu pagi. Oleh itu kena guna petrol dulu untuk panaskan kereta dan membasahkan kaburetor kereta. Kalau tak pakai petro, terus pakai NGV nanti sistem NGV tak tahan lama, dan kereta mungkin mati tengah jalan. Kalau dah biasa bleh tekan butang tukar sistem petro ke NGV sambil bergerak je, tapi bagi yg baru, better berenti tepi jalan, freekan gear dan tekan butang pertengahan-antara petrol dan NGV untuk habiskan petrol dalam piping dan bila rasa kereta nak mati tekan butang (G) untuk tukar ke NGV.

Biasanya untuk orang yang dah biasa dan pandai tukar antara kedua2 sistem sambil kereta jalanpun masih tak berani tukar masa tengah jem, susah skit sebab takut tak jadi dan enjin kereta mati. hihi.. Keburukan lainnye of course la sebab tangki besar so bonut takleh muat banyak barang. Lagi satu stesyen petronas yang ada NGV ni terhad dibeberapa buah negeri sahaja, dan kena beratur tunggu turn isi minyak pun lama, biasa berebut dengan pakcik bawak teksi jugak..hihi..Keburukan yang terakhir adalah NGV cepat habis. Kalau 70km sehari perjalanan, dalam 2 hari dah habis. So, kena selalu isi, sebab tangki dia tak besar sgt untuk isi gas banyak.

Okaylah, stakat tu je komen aku. Nanti pasni aku nak cerita pasal kebaikan dia plak..okay..


Rabu, 16 Mei 2012

Tempat Menarik di Bukit Tinggi - Colmar Tropicale

Aritu ni aku sempat jalan-jalan bawak anak jalan-jalan di Colmar tropicale, Bukit Tinggi Pahang. Colmar tropicale ini ialah perkampungan bertemakan Negara Perancis dan hotelnya terletak di Berjaya Hills Resort, Bukit TInggi, Pahang, Malaysia.  Ia juga terletak 2600 kaki atas paras lutut, eh silap..atas paras laut..hehe..  Ia berada dalam seluas 80 ekar (320,000m2) tanah hutan asli. Pembangunan tempat ini setahu aku di inspirasikan daripada Bandar original Colmar di Alsace, Perancis dan elemen-elemen diambil daripada perkampungan purba disekelilingnya seperti Riquewihr, Turckheim dan juga Kayserberg.
Berikut adalah gambar-gambar best oleh hasil lawatan tak rasmi aku sekeluarga….:)..

 Tepi kolam


 Perkitaran dia nampak menarik kan?

 
Ditengah-tengah walk road hotel colmar tropicale

 
Kereta Kuda..Tapi kuda xde ye..

Hotel rekabentuk Perancis

Melawat rumah Jepun..Jepun ni baru pindahkan rumah dia ke Malaysia kot..hihi

 Anak aku ni suka jalan2..tak nak dukung

 Memberi arnag makan di Taman Arnab

 Anakku bersama pahlawan besi

 Bergambar di Clock Tower

 Jalan2 di Jambatan Kayu


Menaiki kenderaan disediakan untuk round kawasan

Ahad, 13 Mei 2012

Bersediakan Malaysia menggunakan Tenaga Nuklear?



Okay, topik ari ni aku berkongsi pasal cadangan menggunakan kuasa nuklear di Malaysia. Pada masa ini banyak negara telah meninjau untuk menghasilkan nuklear plant bagi menjana tenaga elektrik berasaskan tenaga nuklear. Isu pasaran harga minyak semasa yg tak menentu dan sumber minyak yang akan habis pada akhirnya mungkin mendesak kita untuk turut serta dalam menggunakan sumber ini. Tapi bersedia ke kita?.. Faktor sikap, disiplin rakyat kita dalam bekerja, keselamatan dan paling penting isu pemikiran masyarakat terutama ahli politik pembangkang yg membuta tuli adalah sesuatu yg patut diatasi terlebih dahulu.:)

Peristiwa semasa seperti tragedi nukelar di chernobyl Ukraine pada 1980an dan tragedi terbaru nuklear di jEPUN nampaknya telah membuka mata banyak pihak untuk melihat akan negatifnya penggunaan tenaga nuklear ini. Namun begitu kalau dilihat dari segi kedua-dua peristiwa tadi, berlakunya kemusnahan akibat loji nuklear tersebut adalah sesuatu yg dpt diatasi. Faktor kedua-dua loji tersebut yg telah buruk dengan teknologi yg ketinggalan zaman, faktor kecuaian Manusia selain alam semulajadi menjadi penyebab berlakunya tragedi nuklear.

Sebab tu aku rasa kalau negara Mahu berjimat, sememangnya tenaga nuklear perlu menjadi pilihan utama sepertimana UAE telah membina loji nuklear di negara mereka dengan kontrak diberikan kepada syarikat Korea Selatan. Sedangkan UAE adalah antara negara pengeluar minyak yang terbesar. Langkah berpandangan jauh oleh UAE dan kerjasama oleh parti2 politik dalam negara adalah perlu bagi memungkinkan teknologi yang membawa manfaat dan penjimaTAN kepada negara diteruskan.

Ni pendapat aku je, tak semestinya betul, So..

Apa komen anda? Ada cadangan..



Sabtu, 12 Mei 2012

Isu Lynas

Okay, hari ni tangan aku tergatal skit nak menulis pasal isu lynas ni. Ramai orang sebelum dok kecoh2 heboh2 pasal isu lynas ni, terutamanya orang politik. Kecoh2 tersebut adakah secara membuta tuli atau adakah mereka telah selidiki terlebih dahulu akan projek rare earth lynas tersebut. Pada aku benda ni telah diterlebih perbesarkan oleh ahli politik dan orang yang berkepentingan padahal isunya tidak adalah sebesar mana. Nadir bumi daripada pengetahuan aku adalah bahan radioaktif semulajadi dan digunakan dalam banyak peralatan moden masa kini. Apa yang dipertikaikan adalah tidak masuk akal sama sekali, kenapa dipertikaikan akan syarikat lynas ini padahal banyak lagi syarikat kimia dan toksik yang beroperasi sekian lama tidak dipertikaikan pula.

Kita telah ada badan dan akta untuk mengawal bahan radioaktif dan dalam isu lynas, keradioaktifan nadir bumi adalah amat2 jauh daripada had ditetapkan badan berwajib. So apalah nak kecoh2 sgt, nak jadi jaguh la plak diorang ni...

Rabu, 9 Mei 2012

How To Put Nuffnang In Blog / Cara-Cara Letak Iklan Nuffnang



1. Mendaftarkan diri ke website nuffnang di www.nuffnang.com.my.

2. Klik 'Add ads' dan anda akan nampak 3 jenis kod nuffnang iaitu 'to put on header','to put on sidebar',dan to put on between content'. Anda dinasihatkanlah untuk meletakkan kesemua jenis nuff tersebut dalam blog.

3. Caranya letak amat senang. Budak tak skolah pun  leh buat. Login Blogger anda>Layout>Edit HTML (tandakan pada kotak kecik yang ditulis 'Expand widget template'

To put on  nuffnang on header / Leaderboard :
- Copy dari web Nuffnang's 'Add Ads' dibahagian "To put on header" kemudian paste di blog anda, betul-betul bawah code ni.  
 


To put nuffnang on sidebar / Skycrapper :
- Salin kod daripada Nuffnang's 'Add Ads' kat bahagian 'To put on sidebar' kemudian paste seperti bawah ini.




To put nuffnang between content / Large Rectangle:
- Copy the code from Nuffnang's 'Add Ads' kat bahagian 'To put between content' kemudian paste seperti dibawah ni..



4. Ok dah siap,klik save template dan view blog anda.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails