Khamis, 27 Januari 2011

Hanis Zalikha Kedudukan Keenam Carian Google di Malaysia

SHAH ALAM: Siapa Hanis Zalikha Zainal? Tentunya ada yang menimbulkan pertanyaan apabila nama itu tersenarai pada kedudukan keenam carian Google di Malaysia hingga mengatasi penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.

Secara tiba-tiba nama itu melonjak sedangkan sebelum ini ramai yang tidak mengenalinya berbanding seorang lagi artis tempatan dan seorang penulis blog yang turut tersenarai dalam 10 individu paling dicari menerusi enjin carian berkenaan, baru-baru ini.

Selain Siti yang menduduki tempat kesembilan, artis tempatan itu adalah Allahyarham Meor Ahmad Fuad Meor Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi (keempat) dan blogger bidang automotif, Paul Tan (10).

Dalam enjin carian itu, penyanyi berketurunan Arab, Maher Zain di tempat pertama, diikuti penyanyi remaja antarabangsa, Justin Bieber dan Luna Maya (artis kontroversi Indonesia).


Penyanyi antarabangsa terkenal, Lady Gaga di tempat kelima; aktor popular Korea, Lee Min Ho, ketujuh manakala naib juara American Idol, Adam Lambert, kelapan.

Metro Ahad berkesempatan bertemu dengan Hanis bagi merungkai ‘misteri’ hingga namanya tersenarai sebagai individu tempatan kedua paling dicari selepas Din Beramboi, malah dilihat mengatasi populariti aktor kacak, Min Ho dan Lambert.

“Saya tidak sangka nama tersenarai dalam carian berkenaan kerana saya hanya insan biasa bukannya bertaraf selebriti popular seperti Siti Nurhaliza dan lain-lain.

“Memang saya terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara ini dan saya yakin ia adalah disebabkan blog yang saya wujudkan lebih dua tahun lalu,” kata gadis tinggi lampai berusia 20 tahun itu.

Mengenai pencarian namanya yang mengatasi Siti Nurhaliza, Hanis Zalikha berpendapat maklumat mengenai penyanyi popular itu mungkin mudah dicari peminat dan tidak bergantung kepada enjin carian Google semata-mata kerana media cetak atau penyiaran sentiasa memaparkan beritanya.

Katanya, mungkin enjin carian Internet itu adalah salah satu medium daripada pelbagai saluran yang digunakan peminat penyanyi berkenaan untuk mengetahui perkembangannya.

“Berbanding diri saya, memanglah tidak popular seperti penyanyi pujaan ramai itu tetapi terkejut dengan apa yang berlaku kerana sejak nama saya disenaraikan antara yang dicari dalam Google didapati blog saya kini dilayari lebih 16,000 pengunjung sehari berbanding sebelum ini hanyalah antara 7,000 hingga 8,000 orang sehari,” katanya yang mempunyai 14,929 pengikut di blognya.

Bercerita mengenai dirinya, penuntut jurusan Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor itu berkata selain mengikuti pengajian, dia turut terbabit dalam bidang peragaan dan pernah juga memegang watak sampingan dalam filem, Momok The Movie.

Namun, katanya, bidang peragaan dan berlakon terpaksa dihadkan kerana selain tidak mahu mengganggu pengajiannya, jarak universiti dengan Kuala Lumpur juga membataskan dirinya bergiat aktif dalam kedua-dua bidang berkenaan.

“Kedua-dua bidang yang penuh glamor itu juga bukan impian sebenar saya kerana cita-cita mahu bergelar seorang ahli perniagaan berjaya pada suatu hari nanti,” katanya yang pernah mendapat tempat kedua pertandingan Malaysian Dreamgirl dua tahun lalu.

Mengenai laman blognya, Hanis Zalikha berkata, dia sengaja mewujud blog kerana meminati bidang penulisan dan menjadikannya medan untuk bercerita mengenai kehidupan seharian dan pengalamannya serta berkongsi tips kecantikan dengan sesiapa yang berminat.

Dia yang mendapat tajaan pengajian daripada Jabatan Perkhidmatan Awam turut berkongsi kecemerlangannya dalam pelajaran dengan memberi tips berguna.


>10 individu paling dicari dalam Google Malaysia

1. Maher Zain (penyanyi antarabangsa)
2. Justin Bieber (penyanyi antarabangsa)
3. Luna Maya (artis Indonesia)
4. Din Beramboi (pelakon/pelawak/penyampai radio)
5. Lady Gaga (penyanyi antarabangsa)
6. Hanis Zalikha (model/blogger/pelajar)
7. Lee Min Ho (pelakon Korea)
8. Adam Lambert (penyanyi antarabangsa)
9. Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi/ahli perniagaan)
10. Paul Tan (blogger)


Sumber: Harian Metro

Selasa, 25 Januari 2011

How to communicate effectively


Not all non-native speakers have trouble communicating in English. Many speak at a native level, but many do not. The ability to communicate with people who speak a limited amount of English is actually a skill that can be developed over time with practice. Here are some tips to help you to communicate more effectively and smoothly.

Steps

1.      Speak clearly and pronounce your words correctly. Exaggerated pronunciations will not help your listener and may cause more confusion. However, you may find that it helps to pronounce some words as the non-native speaker does. 

2.     Recognise that people wrongly think that turning up the volume somehow creates instant understanding. Avoid this common mistake (however, do not speak too quietly).

3.      Do not cover or hide your mouth because listeners will want to watch you as you pronounce your words. This helps them figure out what you are saying in many cases.

4.      Do not use baby talk or incorrect English. This does not make you easier to understand. It will confuse your listener and may give the wrong impression about your own level of competence.

5.      Avoid running words together ( Do-ya wanna eat-a-pizza?). One of the biggest challenges for listeners is knowing where one word ends and the next one begins. Give them a small pause between words if they seem to be struggling.

6.      When possible, opt for simple words instead of ones that are complex. The more basic a word is, the better the chance is that it will be understood. ("Big" is a better choice than "enormous" for example. "Make" is a better choice than "manufacture.") 

7.      Avoid verb phrases that sound very similar to non-native English speaker. "Look out" sounds very close to "look for." Both are similar to "look out for." Many times you can use another word in these cases. (Example: look out = be careful, look for = search for, look out for = watch for).

8.      As much as possible, avoid using filler and colloquialisms ('um...', 'like...','Yeah, totally.') as non-native speakers, especially ones of lower proficiency levels, may get hung up on these thinking the filler language is vocabulary that they don't possess. Colloquialisms are likely to be unknown as well, especially if they are not easy to find in the dictionary.

9.      If asked to repeat something, first repeat it as you said it the first time. Then again. It could be that they simply didn't hear you. If your listener still doesn't understand, however, change a few key words in the sentence. It may be that they couldn't understand one or two of the words. Also repeat the whole sentence and not just the last couple of words. It's time consuming, but it helps prevent confusion.

10.     Paraphrase. if you happen to know a similar word to the word you are searching for then use it. As your knowledge of the foreign language builds this becomes even easier.

11.     Avoid using contractions or short forms. Use long forms. “Can’t” is one word you must use the long form with. It is difficult for a non-native speaker to understand the difference between “can” and “can’t” in a sentence. For example, “I can’t take you on Friday” and “I can take you on Friday”. Use the long form, “cannot”. “I cannot take you on Friday”.

12.     Be explicit: Say “Yes” or “No”. Do not say: “Uh-huh” or “Uh-uh”. Those words are not in grammar books!

13.     Be patient and smile. The more relaxed you are, the more you are in control of your communication. Do not give a busy lifestyle or a meeting agenda permission to control your speech. Think as you speak and do not speak as you think.
English Worldwide!

Isnin, 24 Januari 2011

ORANG YANG DIHARAMKAN MASUK KE NERAKA


Dari Jarir r.a katanya:”Aku berjanji kepada Rasulullah s.a.w akan setia dan patuh dan memberi nasihat kepada setiap orang muslim. Lalu beliau bersabda kepadaku:”Lakukanlah sekuasamu.”

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.”

NILAI-NILAI ISLAM YANG PALING UTAMA


Al-Hadis:-

Abdullah Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: “Manakah amalan Islam yang paling baik?” Nabi menjawab: “Engkau memberikan makanan kepada orang-orang miskin dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang telah engkau kenali dan kepada orang yang belum engkau kenali.”   (al-Bukhari dan Muslim )

Sabtu, 22 Januari 2011

Google Page Rank 3

Lamanya aku menunggu. Dapat jugak akhirnya. Google Page Rank aku akhirnya naik kesatu tahap lagi. Aura gaban peringkat ke 3. Hehe. Nampaknya blog aku ni semakin menampakkan kebolehan untuk mengukuhkan kedudukannya di arena Search Engine. Namun begitu, rasanya banyak lagi info-info yg perlu aku inputkan dalam blog ini bagi membolehkan traffic blog ini semakin bertambah. Satu yg aku perasan adalah search engine lebih mudah mesra pelanggan sekiranya tajuk tersebut akulah yg pertama menulisnya. Contohnya seperti Jawatan Kosong Februari. Sekiranya tiada lagi org yg meletakkan tajuk tersebut, page blog yg pertama meletakkannya akan berada di page 1-10 google search. So sape nak cuba leh la try. Korang aku tak pasti jadi ke tak. hehe. So far, it works for me.

KESAN ISTIGHFAR.


Tazkirah hari ini ialah tentang KESAN ISTIGHFAR.

Al-Hadis:-

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”

Makna bulan Muharram


Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah SWT telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah SWT itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ia dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.
Kita boleh memanfaatkannya dengan melakukan ibadah seperti berikut:-
    1. Membaca Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun
    2. Berpuasa Sunat
    3. Melakukan Perubahan ke Arah Kebaikan

Khamis, 20 Januari 2011

I Get back my Glitterati status!

Huhu, Finally i get back my Glitterati status after 1 year I been removed from the status. Actually what happen was one of my blog suddenly do not interact any traffic in certain period of time, that way my status have been removed. Then because of that I think I don't want to concentrate on nuff anymore and I put some other ads like advertlets inside my blog. Apa-apa pun setelah aku lihat dan survey on earning and also comments from the other blogger i think nuff is still the best advertising community. I also think that advertlets is suck in term of earning and support. Anyway, I'm back for u nuff..hehe....adios..


Rabu, 19 Januari 2011

Head over to this link & you can play the #MiloFuzeJamPack game. You would be the few lucky ones to walk away with prizes like iPad or even an iPhone. Cool or what!

5 Orang Yang Akan Diburu Binatang Huraisy



Dikisahkan apabila tiba hari kiamat maka akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang digelar Huraisy yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari barat ke timur.

Apabila ia keluar maka malaikat Jibrail as berkata:
"Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"

 Lalu kata Huraisy: "Aku mencari 5 jenis orang iaitu:

1. Orang yang tidak mengerjakan sembahyang.
2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3. Orang yang mendurhakai ibu bapanya.
4. Orang yang suka minum arak.
5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap tentang hal dunia di dalam masjid.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails