Selasa, 29 September 2015

Mesin Deposit Syiling Bank Islam

Berdasarkan pengalaman aku mencari mesin untuk deposit duit syiling ini, didapati banyak mesin-mesin yang disenaraikan dalam blog dan laman web yang merujuk kepada senarai dikeluarkan Bank Negara sebenarnya tak wujud pun. Besar kemungkinan korang akan buat penat sahaja dok menjaja duit syiling tu kesana kemari mencari mesin deposit syiling tu. Contohnya mesin deposit syiling Maybank yang dikatakan ada di Sri Gombak.Penat aku cari..rupa-rupanya alamat dia tu kawasan perumahan. Batang idung maybank pun tak nampak, rasa macam nak bagi batang penyapu je kat siapa yang cakap ada tu. Huhu!!


Kebetulannya, masa membeli belah di Medan Mara, Jalan Raja Laut KL untuk persiapan raya yang lepas aku ada perasan kewujudan mesin deposit syiling kat situ. So, tanpa berlengah lagi aku pun masukkan semua syiling2 aku dalam plastik 2-3 lapis sebab takut koyak..pastu aku terus menuju ke mesin CODM Bank Islam tersebut.

Rupanya, mudah sangat nak masukkan duit syiling ni. Tak seperti dalam blog yang aku baca sebelum ni, kena ke kaunter plak lepas masukkan duit tu dan dapat resit. Tak perlu//Tak payah ye. Senang je caranya. Mulanya tekan dan pilih bahasa Melayu/English. Pastu korang masukkan no akaun bank korang (yang sama dengan bank mesin deposit syiling tu). Lepas tu ruang masuk syiling tu terbuka dan korang masukkanla semua syiling-syiling korang. Duit syiling tu tadi ada yang dia xsempat kira dan terjatuh dalam kotak duit syiling tak diterima kat bawah tu. Nanti dah selesai kira, dia akan tanya betul ke tak dan nak tambah syiling lagi ke tak. Korang klik la tambah dan kutip la syiling2 yang tak diterima tadi masuk balik untuk kira lagi. Sampaila duit syiling korang dah abis utk dikira. Nanti siap kira dia akan keluarkan resit. Esoknya duit terus masuk dalam akaun korang.

Senang kan?..
Ni resit hasil depositkan syiling
Ni tabung duit aku yang dah dikosongkan masuk dalam CODM



Isnin, 28 September 2015

Ringgit Susut Apa Penyebabnya



Hari ni terlintas di benak dan kepala otak aku untuk sharekan pasal kejatuhan matawang ringgit. Aku memangla bukan penganalisis matawang atau pun pakar ekonomi. Sesaja gatal tangan sekali sekali untuk menaip ni.

Ok..apakah matawang ringgit ni. Seperti yang ramai tahu (kalau tak tahu pun buat2 tahu la)..ringgit merupakan matawang Malaysia yang berasaskan kepada petroleum iaitu faktor ekonomi terbesar Malaysia. Dikatakan penyumbang kepada 60% pendapatan negara. Oleh itu, nilai ringgit berkait rapat dengan turun naik harga bahan komoditi ini. Selain itu, nilai ringgit juga bergantung kepada tahap ekonomi negara rakan dagangan utama negara termasuk China.

Selain itu, bagi pedagang matawang yang menjalankan currency trading, mereka amat suka menggunakan sentimen yang berlegar di negara tersebut sebagai asas jual beli matawang mereka. Antara faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi adalah penarafan badan antarabngsa, berita2 indikator ekonomi negara seperti import eksport, keadaan politik dan statement oleh mereka-mereka yang berpengaruh.

Faktor luaran terbesar yang turut mempengaruhi matawang adalah keadaan currency yang dipadankan dengan matawang tersebut. conthnya MYR vs USD. Dimana sekiranya matawang dipadankan lebih kuat keadaan/indikator ekonominya maka satu lagi matawang akan turun.

Sekian sahaja pandangan aku dan ini lebih kepada berdasarkan pembacaan aku sebelum2 ini.
# aku bukan pakar.

hihi.

Isnin, 14 September 2015

Perjalanan ke Bakalalan Sarawak

Bakalalan, Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang dapat ditanam dengan buah epal. Epal di sini di panggil epal Bakalalan. Disini dikongsikan perjalanan ke Bakalalan yang lepas.

Setelah aku tanya Mr Google, didapati Perjalanan ke Bakalan  Sarawak guna Flight ni lebih dekat melalui Kota Kinabalu Sabah berbanding ikut Kuching Sarawak. So aku ikutla nasihat Mr Google. Naik MAS dari KLIA, KL lebih kurang selama 2 jam 30 minit sampai di Kota Kinabalu, Sabah. Dari sana aku ambik MAS Wing plak ke Lawas. Tak silap aku dalam 45 minit. Flight akan transit di Lawas kejap. Penumpang blehla turun utk ke Toilet dan rehat jap kat luar. Lepas tu baru penerbangan akan disambung direct ke Bakalalan Sarawak. Dari Lawas ke Bakalan ia makan masa lebih kurang 45 minit lagi. Untuk ke Bakalan, pelancong perlu tahu bahawa Penerbangan MAS Wing dari/ke Bakalalan adalah cuma 2 trip/2 kali penerbangan sahaja dalam seminggu. Puratanya dalam 3 hari 1 penerbangan. Oleh itu kena la stay kat sana dalam 3 hari sebelum flight MAS Wing seterusnya sampai..ok.




Di Bakalalan, aku stay kat Apple Lounge selama 3 hari. Sempat la hirup udara bukit yang segar, menikmati kehidupan suasana kampung dan yang paling best dapat menikmati buah epal Bakalalan yang segar dan unik.







Disini dikongsikan gambar menarik kawasan sekitar Bakalalan. Penduduknya amat ramah dan mesra kepada pengunjung luar yang datang berkunjung.



Rabu, 9 September 2015

Kos Buang NGV

Minggu lepas aku try search drp google berkenaan topik Kos Buang Sistem NGV ni. Ni sebab aku nak buang dah NGV daripada kereta iswara aku tu. Setelah lebih 5 tahun pakai rasanya dah cukup la tu. Banyak sangat dah problem kereta iswara tu skrg ni. Selalu je rosak. Tak larat dah aku nak maintenance kan kereta tu.  Berbalik pada topik tadi. Cari punya cari punya cari tak jumpa pun aku entry org pasal nak buang NGV ni. Yang ada semua pasal nak pasang NGV. Adoila...terpaksalah aku gi sendiri ke bengkel NGV dan tanya org kedai brapa harganya. 

Petang semalam sempat la aku singgah di satu bengkel di Taman Perindustrian Batu Caves. Aku tanya lah satu amoi ni kat kedai tu..Ni conversation nyer:

Aku: Berapa harga saya nak buang NGV ye?. 
Amoi: Oh jap ye..I call tanya dulu. Ringg2..shi shau shau......sss.... Oh..2 ribu linggit.

Aku: Eh, u tanya pasang ke buang? Saya nak buang..
Amoi: Oh, nak buang ek..silap2..kejap ye, i call balik. Shi shau...sss..psstt...sap pat man. Oh, 3 ratus linggit encik.

Aku: ooh..3 ratus ek. takde diskaun ke?
Amoi. Takde2..itu sudah murah. Nt NGV tu lu angkatla,..kami tarak ambik.

So, kesimpulannya 3 ratus ringgit perlu utk buang sistem NGV tu daripada kereta aku,. Hemm..mahal jugak tu. Tggu la aku ada duit dulu..huhu..

Ahad, 6 September 2015

Kisah mendapat haji mabrur

HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN

Abdullah bin al-Mubarak al-Hanzhali al Marwazi adalah seorang ulama terkenal, beliau menceritakan riwayat ini.

Suatu ketika, setelah selesai menjalani ibadah haji, dia beristirahat dan tertidur. Dalam tidurnya dia bermimpi melihat dua malaikat yang turun dari langit. Dia mendengar percakapan mereka,
“Berapa banyak yang datang haji tahun ini ?” tanya malaikat kepada malaikat lainnya.

“Tujuh ratus ribu,” jawab malaikat lainnya.
“Berapa banyak mereka yang ibadah hajinya diterima ?”
“Tidak satupun”

Percakapan ini membuat Abdullah gementar.

“Apa ?” dia menangis dalam mimpinya.

“Semua orang-orang ini telah datang dari belahan bumi yang jauh, dengan kesulitan yang besar dan keletihan di sepanjang perjalanan, berkelana menyusuri padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka menjadi sia-sia ?”

Sambil gementar, dia melanjutkan mendengar cerita kedua malaikat itu.
“Namun ada seseorang, yang meskipun tidak datang menunaikan ibadah haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan seluruh dosanya telah
diampuni . Berkat dia seluruh haji mereka diterima oleh Allah.”

“Siapa orang tersebut ?”
Sa’id bin Muhafah , tukang sepatu di kota Damsyiq (Damaskus sekarang)”

Mendengar ucapan itu, ulama itu langsung terbangun. Kembali dari haji, dia tidak langsung pulang kerumah, tapi langsung menuju kota Damsyiq, Syria.

Sampai disana dia langsung mencari tukang sepatu yang disebut Malaikat dalam mimpinya.
Hampir semua tukang sepatu ditanya, apa memang ada tukang sepatu yang namanya Sa’id bin Muhafah.

“Ada, ditepi kota” Jawab salah seorang tukang sepatu sambil menunjukkan arahnya. Sesampai disana ulama itu menemukan tukang sepatu yang berpakaian lusuh,

“Benarkah anda bernama Sa’id bin Muhafah?” tanya Ulama itu
“Betul, siapa tuan?”
“Aku Abdullah bin Mubarak”

Said pun terharu, "Bapak adalah ulama terkenal, ada apa mendatangi saya ?”
Sejenak Ulama itu kebingungan, dari mana dia memulai pertanyaannya, akhirnya diapun menceritakan perihal mimpinya.

“Saya ingin tahu, adakah sesuatu yang telah anda perbuat, sehingga anda berhak mendapatkan pahala haji mabrur ?”

“Subhanallah saya sendiri tidak tahu!”
“Cuba ceritakan bagaimana kehidupan anda selama ini".

Maka Sa’id bin Muhafah bercerita.
“Setiap tahun, setiap musim haji, aku selalu mendengar :
Labbaika Allahumma labbaika.
Labbaika la syarika laka labbaika.
Innal hamda wanni’mata laka wal mulka. Laa syarika lak.

Ya Allah, aku datang kerana panggilan Mu.
Tiada sekutu bagiMu.
Segala ni’mat dan puji adalah kepunyaanMu dan kekuasaanMu.
Tiada sekutu bagiMu.

Setiap kali aku mendengar itu, aku selalu menangis

Ya Allah aku rindu Mekah
Ya Allah aku rindu melihat Ka'bah
Izinkan aku datang ...
izinkan aku datang ya Allah ...

Oleh kerana itu, sejak puluhan tahun yang lalu setiap hari saya menyisihkan wang dari hasil kerja saya, sebagai tukang sepatu. 

Sedikit demi sedikit saya kumpulkan.
Akhirnya pada tahun ini, saya punya 350 dirham, cukup untuk saya berhaji.

“Saya sudah siap berhaji”
“Tapi anda batal berangkat haji”

“Benar”
“Apa yang terjadi ?”
“Istri saya hamil, dan sering mengidam. Waktu saya hendak berangkat saat itu dia mengidam berat”
“Suami ku, engkau mencium bau masakan yang nikmat ini?

“Ya sayang”
“Cubalah kau cari, siapa yang masak sehingga baunya nikmat begini. Mintalah sedikit untukku”

"Ya syeikh , sayapun mencari sumber bau masakan itu. Ternyata berasal dari rumah pondok yang hampir runtuh.
Disitu ada seorang janda dan enam anaknya.

Saya bilang padanya bahawa isteri saya ingin masakan yang ia masak, meskipun sedikit.

Janda itu diam saja memandang saya, sehingga saya mengulangi perkataan saya

Akhirnya dengan perlahan ia mengatakan “Tidak boleh tuan”
“Dijual berapapun akan saya beli”
“Makanan itu tidak dijual, tuan” katanya sambil berlinang air mata.

Akhirnya saya tanya kenapa ?
Sambil menangis, janda itu berkata “daging ini halal untuk
. kami dan haram untuk tuan” katanya.

Dalam hati saya : Bagaimana ada makanan yang halal untuk dia, tetapi haram untuk saya, padahal kita sama-sama muslim ? Kerana itu
saya mendesaknya lagi “Kenapa?”

“Sudah beberapa hari ini kami tidak makan. Dirumah tidak ada makanan. Hari ini kami melihat bangkai keldai mati, lalu kami ambil sebahagian dagingnya untuk dimasak.

“Bagi kami daging ini adalah halal, kerana kami dalam keadaan darurat yang amat sangat, andai kami tak memakannya kami akan mati kelaparan. Namun bagi tuan, daging ini haram".

Mendengar ucapan tersebut spontan saya menangis, lalu saya pulang.
Saya ceritakan kejadian itu pada isteriku, diapun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan mendatangi rumah janda itu.

“Ini masakan untukmu”
Wang peruntukan Haji sebesar 350 dirham pun saya berikan pada mereka.” 

Pakailah wang ini untukmu sekeluarga. Gunakan untuk usaha, agar engkau tidak kelaparan lagi”

Ya Allah … disinilah Haji ku
Ya Allah … disinilah Mekah ku.

Mendengar cerita tersebut Abdullah bin Mubarak tak dapat menahan air mata.

“Kalau begitu engkau memang patut mendapatkannya"...

MasyaAllah ...
Semoga bermanfaat......


Jumaat, 4 September 2015

Hotel Terima LO di Gua Musang Kelantan

Hotel Welcome Inn GM, Gua Musang Kelantan

Berdasarkan semakan aku melalui googles di Gua Musang Kelantan terdapat lebih daripada 14 buah hotel. Kadar bermalam yg ditawarkan oleh setiap hotel tersebut adalah berbeza. Bagaimanapun bagi penjawat awam, kadar tersebut masih dalam kategori amat berpatutan dan melepasi tahap kelayakan penjawat awam. Namun ada satu masalah yg penting. Bagi jabatan yg inginkan outstation kesana mmg lebih senang kalau byr cash atau guna kad kredit dan claim kemudian. Tp bagi yg kurang mampu atau ingin group booking terpaksalah pakai LO atau borang kaler pink tu. 

Utk makluman rakan2, hanya ada 2 hotel sahaja yg boleh terima LO jabatan kerajaan. Yg pertamanya adalah yg top dan slalu digunakan oleh badan kerajaan ialah hotel Kesedar Inn di bandar Gua Musang. Hotel kedua yg boleh terima LO ialah hotel baru bernama Welcome Inn GM yang terletak di Bandar Baru Gua Musang. 

Hotel Kesedar Inn rasanya tak yah la crita sbb hotel ni mmg da top digunakan bdn kerajaan. Saya nk crita yg hotel Welcome Inn GM. Berdasarkan pengalaman saya stay selama 4 hari di hotel tersebut, rasanya amat memuaskan hati. Walaupun hotel tu baru tp biliknya cntik dan lengkap. Ada astro, jug air dan water heater serta wifi percuma. Bilik airnya juga cantik. Sebelah hotel tersebut ada restoren cofee dan pasaraya mini. Rate hotel ni rasanya dalam rm90 je kalau tak silap la. Lupa plak. 

Kat bawah ni ada gmbar pintu depan hotel tersebut utk mudahkan rakan2.
Muka depan hotel
 
Bilik Hotel Kemas dan Selesa


Keburukan pasang NGV

Salam, ni siri akhir dalam episod keburukan memasang ngv. Sebelum ni aku dah critakan pasal keburukan dan kebaikan pasang ngv ni. Skrg ni kiranya siri akhirla sebab aku dah tak pakai ngv dan nak buang dah pun ngv set tu drp keta aku. 

Korang mesti nak tahu kenapa aku nak buang ngv tu dan back to the nature kereta iswara aku tu iaitu guna petrol shj. Ni sebab benda alah ngv ni sebenarnya walaupun jimat tapi ia sebenarnya merosakkan enjin keta. Byk brg2 dan part kereta yg rosak. Utk tempoh 3 tahun pertama okaylah lagi. Tapi dah dekat 5 tahun pakai ngv ni mcm2 problem keta aku. Rasanya inilah masanya ngv tu nak ganti balik penjimatan yg dia bagi dulu dengan mencekau sehabisnya duit tuan punyanya plak. Jadi, kesimpulannya penggunaan ngv nu tak elok sebab lambat laun kereta kita akan rosak kerana sistem ngv ni sebabkan enjin cepat panas dan ia juga pakai power yg byk. 

Ini berdasarkan pengalaman aku sndiri la. Mgkin ada org yg ada pngalaman lain. Apapun aku dah nk buang dah benda alah ngv ni. Tq la ngv...khidmat mu berakhir disini. Adios dan sayonara.

Rabu, 2 September 2015

Hotel berdekatan Wakaf Che Yeh, Kota Bharu Kelantan

Sekiranya rakan-rakan ingin mencari hotel yang baik berdekatan dengan Wakaf Che Yeh, Kota Bharu Kelantan, hotel ini salah satu hotel yang patut dipilih. Lokasi hotel ini amat berdekatan dengan tapak Pasar Malam Wakaf Che Yeh dan ia juga berdekatan dengan hotel-hotel lain seperti Dynasty Inn. Hotel yang dimaksudkan ini ialah Hotel Ridel Boutique.

Pelan Lokasi Hotel

Harga ditawarkan hotel ini amat murah iaitu bermula dari harga RM79.00. Ini berpatutanlah dengan perkhidmatan hotel budget ni yang lengkap dengan tv (tanpa astro), cerek air dan pemanas air di bilik mandi.
Gambar Bilik Hotel

Gambar Muka Depan Hotel

Gambar di bawah gambaran kemeriahan Pasar Malam Wakaf Che Yeh (Sources Google Images)





Ok. Sekian catatan hari ni. sayonara.   :)..





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails