Jumaat, 25 Mac 2011

Libya Diserang- Tentera Gaddafi akan hancur beberapa hari: Juppe

PARIS: Menteri Luar Perancis, Alain Juppe berkata, tentera bersekutu Barat akan mengambil masa beberapa hari atau minggu saja, bukan beberapa bulan, untuk memusnahkan tentera Muammar Gaddafi.

Jet penggempur Barat mengebom Libya buat malam kelima berturut-turut semalam tetapi sehingga ini gagal untuk menghentikan serangan meriam tentera Gaddafi terhadap bandar yang dikuasai pemberontak atau mengundurkan tentera Libya dari satu persimpangan strategik di timur negara itu.

Juppe juga mempertahankan rentak operasi itu dengan berkata: “Anda tidak boleh menjangka kami akan mencapai matlamat dalam masa lima hari saja.” Perancis mengetuai campur tangan tentera yang dibenarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam usaha menghentikan serangan tentera kerajaan Libya terhadap pasukan pemberontak. 

Ia kini berusaha bersama-sama Britain untuk mewujudkan kumpulan penghubung, yang terdiri daripada beberapa negara utama yang terbabit dalam operasi itu dan negara Arab. Ia bertujuan membincangkan hal mengenai pentadbiran politik dan strategi untuk misi itu sementara Nato akan mengendalikan penyelerasan harian tentera. - AFP

Sumber: Harian Metro

Guru didakwa cabul murid


TAMPIN: Seorang guru sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dua pertuduhan menggunakan kekerasan untuk mencabul kehormatan seorang murid perempuannya di Gemas, dekat sini, awal bulan ini.

Muhamad Shafik Supaat, 29, (kanan) yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di depan Majistret Siti Nur Shafrida Hashim dan meminta dibicarakan.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dengan niat mencabul kehormatannya apabila menarik mangsa masuk ke bilik, memeluk badan, mencium dan meraba buah dadanya di sebuah rumah di Taman Hala Cara Baru, Londah, Gemas, jam 3 petang, 7 Mac lalu.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengulangi perbuatan itu terhadap kanak-kanak sama dengan memaksanya duduk atas peha, memeluk badan, mencium dan meraba buah dadanya di rumah sama, kira-kira jam 4.45 petang, 10 Mac lalu.

Berikutan itu, Mohamad Shafik didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Siti Nur Shafrida menetapkan sebutan semula kes pada 5 Mei depan di Mahkamah Majistret Gemas dan membenarkan ikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Zahid Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam Jamil Abas.

Sumber: Berita Harian

JAWATAN KOSONG DI USIM APRIL 2011



Permohonan jawatan pentadbiran & akademik telah dibuka bermula 20 Mac 2011. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mempelawa warganegara malaysia yang berkelayakan dan berminat memohon jawatan yang akan ditawarkan.


JAWATAN PENTADBIRAN


1 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29)
2 Ahli Fotografi (B11)
3 Pegawai Pergigian (U48)


JAWATAN  AKADEMIK

1 Profesor (Vk7)  
2 Profesor Perubatan (Vk7)
3 Profesor Madya (Ds53)
4 Profesor Madya Perubatan (Du53)
5 Pensyarah (Ds45)
6 Pensyarah Kanan Perubatan (Du51)
7 Pensyarah / Pensyarah Pelatih Perubatan (Du45)
8 Pensyarah Pergigian / Pensyarah Pelatih Pergigian (Dug45)
9 Profesor Madya Pergigian (Dug53)
10 Pensyarah Kanan Pergigian (Dug51)
11 Profesor Pergigian (Vk7)
12 Pensyarah (Ds51)
13 Felo Siswazah (0) 

TARIKH TUTUP: 03 APRIL 2011

Permohonan Online di SINI

Jawatan Kosong April 2011


JAWATAN KOSONG PIHAK BERKUASA TEMPATAN TAMAN PERINDUSTRIAN HI-TECH KULIM (PBTTPHTK)

Warganegara Malaysia (keutamaan diberi kepada anak Negeri Kedah) yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon jawatan dalam iklan ini.

1. Jurutera (Awam)
2. Pegawai Penerangan
3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
4. Penolong Pegawai Penilaian
5. Penolong Pegawai Pertanian

TARIKH TUTUP: 3 APRIL 2011

Iklan Lengkap Klik SINI


JAWATAN KOSONG DI KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR MALAYSIA

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

1.Pembantu Am Pejabat - N1
2.Pekerja Awam - R1
3.Pekerja Awam Khas - R3
4.Pemandu Kenderaan - R3
5.Penghantar Notis - N3

TARIKH TUTUP: 31 MAC 2011
Iklan Lengkap Klik SINI


JAWATAN KOSONG DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR

Warganegara Malaysia terutamanya ANAK NEGERI SELANGOR yang berkelayakan adalah dipelawa memohon kekosongan jawatan tetap iaitu Penghulu Gred NP27 (8 kosong).

TARIKH TUTUP : 4 APRIL 2011
Iklan Lengkap Klik SINI





Sabtu, 19 Mac 2011

Keputusan Suku Akhir Kedua Piala FA



Tahniah pasukan negeri aku yang aku sokong, Kelantan kerana memperoleh kemenangan mutlak 3-0 ke atas Felda United dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA. Syabas Inspektor Sahab, Syabas The Red Warriors!!!!

Keputusan Lain
Pahang vs Kuala Lumpur              0-0  (Pahang mara ke separuh akhir)
Terengganu vs Perak                    3-1 (Terengganu mara ke peringkat separuh akhir)
Selangor vs Johor                         3-1 (Selangor mara ke separuh akhir)




Jumaat, 18 Mac 2011

Sunat Kenduri


Dari Anas bin Malik r.a menyebut bahawa Rasulullah SAW telah melihat di kepala Abdul Rahman bin A`uf kesan kuning, lalu baginda bertanya: “Kesan apakah ini?” Abdul Rahman menjawab: “Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas.” Baginda mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman bin A`uf dan berkata: “Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.”

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails