Isnin, 17 Mei 2010

Jawatan Kosong Mei 2010

Jawatan kosong di Lembaga Urus Air Selangor

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mempelawa Warganegara Malaysia (keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:-

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

PENGARAH EKSEKUTIF
LEMBAGA URUS AIR SELANGOR,
TINGKAT 13, BANGUNAN DARUL EHSAN,
NO. 3, JALAN INDAH, SEKSYEN 14,
40000 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.
(sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat)

Muat turun SINI

Tarikh tutup: 24 MEI 2010 

Jawatan Kosong Mei 2010


Jawatan Kosong di UUM

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf tetap seperti berikut di Universiti Utara Malaysia.

Pegawai kebudayaan gred b27 (1 kekosongan)
Pegawai perubatan gred ud43/ud44 (1 kekosongan)
Pegawai Farmasi Gred U41 (1 Kekosongan)
Penolong Pegawai Perangkaan Gred E32 (1 Kekosongan)
Penolong Jurutera Mekanikal Gred J29 (1 Kekosongan)
Penerbit Rancangan Gred B27/B28 (1 Kekosongan)
Penolong Pegawai Penerbitan Gred N27 (2 Kekosongan)
Penjaga Jentera Elektrik Gred R24 (1 Kekosongan)
Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 (1 Kekosongan)
Penolong Akauntan Gred W27 (1 Kekosongan)
Pembantu Makmal (Sains) Gred C17 (3 Kekosongan)
Juruteknik Elektronik Gred J17 (1 Kekosongan)
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 (4 Kekosongan)
Pengawal Keselamatan Gred Kp11 (4 Kekosongan)
Jururawat Masyarakat Gred U19 (1 Kekosongan)
Operator Loji Gred R3 (1 Kekosongan)

Tarikh tutup : 25 Mei 2010

Iklan lengkap SINI

Sabtu, 8 Mei 2010

Jawatan Kosong Mei 2010

Rahsia Untuk Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.


7. Cuti bersalin
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!


8. Pinjaman perumahan
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.


9. Caruman KWSP atau pencen
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..


12. Peluang melanjutkan pelajaran
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya

Wah! Begitu banyak kelebihan sekiranya kita bekerja dengan kerajaan ini. Akan tetapi adakah mudah untuk anda berjaya mendapat kerja kerajaan ini.

Sebelum itu, temuduga kerja kerajaan anda perlu lalui dahulu. Mungkin ini panduan khas yang dapat membantu anda. Lawati laman web tersebut sekarang.

Jawatan Kosong Mei 2010


Jawatan Kosong  Yayasan Pelajaran Mara


Warganegara Malaysia Bumiputera berumur tidak kurang 18 tahun adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Yayasan pelajaran Mara (YPM)  bagi jawatan seperti di bawah:

Jawatan - Pengurus Kewangan & Akaun - Gred Y24

Cara Memohon:
Semua permohonan hendaklah disertakan dengan resume, sekeping gambar berukuran pasport, salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan serta seua dokumen yang perlu dan disahkan ke alamat:

Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Pelajaran MARA
Aras 9, Medan MARA
Jalan Raja Laut, 50810 Kuala Lumpur
(u.p: Pengurus Pentadbiran & Sumber Manusia)
Tarikh tutup : 14 Mei 2010



Jawatan Kosong Mei 2010

 Jawatan Kosong di UiTM Terengganu

1. Jawatan kosong : TETAP

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia (Anak Negeri Terengganu*) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan JAWATAN TETAP di UiTM Terengganu Kampus Dungun, UiTM Kampus Kuala Terengganu & UiTM Kampus Bukit Besi. Permohonan   hendaklah  dibuat     di dalam Borang  Perjawatan  Universiti Teknologi  MARA yang boleh  diperolehi   dengan  melayari    laman   web  UiTM     Terengganu  di http://terengganu.uitm.edu.my/Iklan dan borang juga boleh didapati di Bahagian Pentadbiran, Aras 2, Bangunan Integriti, UiTM Terengganu, Dungun. 
      
*  Pemohon hendaklah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu sahaja. Pemohon atau bapa pemohon hendaklah dilahirkan di Negeri Terengganu.
Tarikh tutup penerimaan borang ialah pada :     10 MEI 2010 (ISNIN)

2. Jawatan Kosong : HARIAN

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan Jawatan Harian di Hotel UiTM Dungun , Universiti Teknologi MARA Terengganu, 23000 DUNGUN .
a) Pembantu Tadbir (Pramusaji) - N17
b) Tukang Masak - N17
Tarikh tutup penerimaan borang ialah pada : 11 MEI 2010 (SELASA)
Sila kemukakan permohonan kepada :-

TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
ARAS 2, BANGUNAN INTEGRITI
UiTM TERENGGANU KAMPUS DUNGUN
23000 DUNGUN
TERENGGANU DARUL IMAN

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails