Sabtu, 24 April 2010

Jawatan Kosong Mei 2010

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia  yang berkelayakan untuk menyertai Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd.(SADA) sebagai JURUTEKNIK AWAM

Bidang Tugas Dan Tanggungjawab :-

Menyelaras dan memantau serta melaksana operasi bekalan air di kawasan operasi

Skop Tugas :-

1) Melaksanakan kerja-kerja berkaitan aduan pengguna
2) Menyelaras kerja-kerja agihan bekalan air
3) Menyelaras kerja-kerja bacaan meter air
4) Menyelaras kerja-kerja penguatkuasaan
5) Menyemak dan memproses permohonan bekalan air
6) Menyelia kerja-kerja perlaksanaan projek-projek berkaitan bekalan air

Syarat Kelayakan / Lantikan :-

1) Sijil dalam bidang Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan dari Politeknik Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

UMUR:

Calon-calon lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
CARA MEMOHON:
a.    Borang permohonan boleh didapati melalui laman web http://www.sada.com.my/upload/borang.pdf
b.    Permohonan hendaklah disertakan dengan [sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik dan dokumen-dokumen lain] yang telah disahkan.

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP:

Permohonan hendaklah sampai kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif
Syarikat Air Darul Aman
892, Jalan Sultan Badlishah,
05710 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
sebelum atau pada: 06 MEI 2010
PERHATIAN KEPADA PEMOHON:

1.    Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak.
2.    Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
3.    Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
4.    Pentadbiran SADA  tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails