Rabu, 2 September 2015

Hotel berdekatan Wakaf Che Yeh, Kota Bharu Kelantan

Sekiranya rakan-rakan ingin mencari hotel yang baik berdekatan dengan Wakaf Che Yeh, Kota Bharu Kelantan, hotel ini salah satu hotel yang patut dipilih. Lokasi hotel ini amat berdekatan dengan tapak Pasar Malam Wakaf Che Yeh dan ia juga berdekatan dengan hotel-hotel lain seperti Dynasty Inn. Hotel yang dimaksudkan ini ialah Hotel Ridel Boutique.

Pelan Lokasi Hotel

Harga ditawarkan hotel ini amat murah iaitu bermula dari harga RM79.00. Ini berpatutanlah dengan perkhidmatan hotel budget ni yang lengkap dengan tv (tanpa astro), cerek air dan pemanas air di bilik mandi.
Gambar Bilik Hotel

Gambar Muka Depan Hotel

Gambar di bawah gambaran kemeriahan Pasar Malam Wakaf Che Yeh (Sources Google Images)





Ok. Sekian catatan hari ni. sayonara.   :)..





Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails