Jumaat, 18 Mei 2012

Keburukan Memasang NGV


Okay..ari ni aku ingin berkongsi sikit pasal keburukan memasang NGV. Ini adalah berdasarkan pengalaman aku menggunakan NGV pada proton iswara aku. Pertama sekali, keburukan yang semua orang tahu adalah NGV ni kurang pikap dan kurang power. Ini boleh dirasa sebaik sahaja anda bertukar kepada sistem NGV ni. Paling mudah nak rasa adalah bila naik bukit. Kena pakai gear 1. Keburukan yang kedua adalah bila nak bertukar daripada minyak kepada NGV. Minyak dalam piping perlu dihabiskan terlebih dahulu, kalau tak kereta akan tersedu sedan dan mati.

Bila pakai NGV ni, waktu pagi perlu guna petrol dulu, lebih kurang1-2km sebabnya NGV adalah gas, dan gas sejuk pada waktu pagi. Oleh itu kena guna petrol dulu untuk panaskan kereta dan membasahkan kaburetor kereta. Kalau tak pakai petro, terus pakai NGV nanti sistem NGV tak tahan lama, dan kereta mungkin mati tengah jalan. Kalau dah biasa bleh tekan butang tukar sistem petro ke NGV sambil bergerak je, tapi bagi yg baru, better berenti tepi jalan, freekan gear dan tekan butang pertengahan-antara petrol dan NGV untuk habiskan petrol dalam piping dan bila rasa kereta nak mati tekan butang (G) untuk tukar ke NGV.

Biasanya untuk orang yang dah biasa dan pandai tukar antara kedua2 sistem sambil kereta jalanpun masih tak berani tukar masa tengah jem, susah skit sebab takut tak jadi dan enjin kereta mati. hihi.. Keburukan lainnye of course la sebab tangki besar so bonut takleh muat banyak barang. Lagi satu stesyen petronas yang ada NGV ni terhad dibeberapa buah negeri sahaja, dan kena beratur tunggu turn isi minyak pun lama, biasa berebut dengan pakcik bawak teksi jugak..hihi..Keburukan yang terakhir adalah NGV cepat habis. Kalau 70km sehari perjalanan, dalam 2 hari dah habis. So, kena selalu isi, sebab tangki dia tak besar sgt untuk isi gas banyak.

Okaylah, stakat tu je komen aku. Nanti pasni aku nak cerita pasal kebaikan dia plak..okay..


4 ulasan :

Abu Bakar Saad berkata...

Kalau tukar semula dari sistem ngv kepada petrol sahaja, apa kesannya pada enjin.terima kasih.

AZHARI HAJI AHMAD berkata...

KESAN NYA GUNA PETROL INJIN LEBIH BAIK DAN POWER DIA AWESOME,CUMA DARI SEGI BELANJA PETROL LEBIH DARI NGV,SEBENARNYA NGV BOLEH GUNA DAN TAHAN LAMA,CUMA PERLU DI INGAT KAN,TIME SERVICE TU JGN TERLEPAS PANDANG, KITA SEBENARNYA TERLUPA DIK KERNA MIKIR KAN JIMAT KOS HINGGA TERLEPAS PANDANG SVC NGV..Satu lagi cuba AUTO SET kan computer box NGV bila berhenti sekejap masok petrol bila bergerak automatik masok ngv..BARU LAH INJIN TAHAN LAMA DAN TIDAK PANAS VALVE TIDAK BENGKOK..Lagi satu naik bukit guna lah PETROL,TIDAK LAH INJIN TERCOKEK..😆

Ian berkata...

apa masalah yang selalu terjadi pada sistem ngv?

tengkuzimy berkata...

Selepas lebih 2 tahun pakai, NGV akan mula memakan distributer yang berharga lebih kurang RM450 setiap tahun. Sbb sistem NGV akan memakan power enjin kerana pembakaran gas tidaklah secekap pembakaran petrol.

Kalau tukar semula insyaAllah, enjin akan kembali power semula cuma tahap kuasa kudanya itu saya tak dapat pastikan. Ini memerlukan running enjin check oleh technician yang bertauliah.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails