Rabu, 19 Ogos 2015

Restoren sedap di Taiping

Salam Bloggers;

Bulan lepas masa outstation di Bandar Taiping, sempat jugalah saya singgah makan di Restoren Kamunting Timur di Taiping, Perak. Restoren ni terletak betul2 dalam bandar Taiping. Berdekatan dengan Hotel Traders kalau tak silap aku. Kami order nasi 4, Siakap stim, udang goreng tepung, tomyam, sayur campur dan telur dadar. Dorang ni masak pun cepat jgk dan bila sampai tuh..semua pakat2 melantak la. Paling aku suka Siakap stim dia. Best, ada rasa masam2 manis skit. Ikan dia pun besar. Udang tepung dia menarik sebab digoreng garing. Tomyam pun agak sedap, termasukla makanan-makanan lain yang dipesan. Pendek kata...em si pendek yang berkata ke aku nih..eh, aku kata la. hihi. rasanya semua sedap. Ni berdasarkan citarasa group kitaorang yang pergi la. Harga dia pun murah. 5 orang makan  dalam RM60 lebih je kalau tak silap aku lah org yg bayar ckp (sebab bukan aku yg bayar..hihi). Lagi la sedap sebab org lain yang bayarkan..Tul tak? hihi..

Sini ada gambar2 la sebagai bukti aku tak kelentong korang..ni gmbar kitaorang ..:)




Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails