Friday, September 4, 2015

Keburukan pasang NGV

Salam, ni siri akhir dalam episod keburukan memasang ngv. Sebelum ni aku dah critakan pasal keburukan dan kebaikan pasang ngv ni. Skrg ni kiranya siri akhirla sebab aku dah tak pakai ngv dan nak buang dah pun ngv set tu drp keta aku. 

Korang mesti nak tahu kenapa aku nak buang ngv tu dan back to the nature kereta iswara aku tu iaitu guna petrol shj. Ni sebab benda alah ngv ni sebenarnya walaupun jimat tapi ia sebenarnya merosakkan enjin keta. Byk brg2 dan part kereta yg rosak. Utk tempoh 3 tahun pertama okaylah lagi. Tapi dah dekat 5 tahun pakai ngv ni mcm2 problem keta aku. Rasanya inilah masanya ngv tu nak ganti balik penjimatan yg dia bagi dulu dengan mencekau sehabisnya duit tuan punyanya plak. Jadi, kesimpulannya penggunaan ngv nu tak elok sebab lambat laun kereta kita akan rosak kerana sistem ngv ni sebabkan enjin cepat panas dan ia juga pakai power yg byk. 

Ini berdasarkan pengalaman aku sndiri la. Mgkin ada org yg ada pngalaman lain. Apapun aku dah nk buang dah benda alah ngv ni. Tq la ngv...khidmat mu berakhir disini. Adios dan sayonara.

No comments :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails