Sunday, January 2, 2011

Tempat Menarik di Kota Kinabalu, Sabah

Zoom in jap pengalaman drp tahun 2010 yg lepas dimana aku kena pergi bertugas kat Kota Kinabalu, ada event yang dianjurkan oleh ofis. So aku pegi jela. Sambil pegi tu dpt jgk jln2 ketempat yg menarik kat situ, bak kata orang, sambil menyelam minum air.hehe.



 Perjalanan mengambil masa selama 2 jam daripada KLIA ke Kota Kinabalu. Dengan kecekapan pilotnya 2 jam pun terasa sekejap je. Tapi nasi beriani yang MAS hidangkan sedap jugak. Gambar ni aku curik2 amik.  Ikutkan tak boleh amik gmbar dlm kapal terbang.

Sampai je kat kota kinabalu, terus je carik beg pastu direct beli tiket teksi airport utk gi ke hotel Grand Borneo. Hotel tu 4 star dan letaknya dalam kawasan yang dipanggil One Borneo.

Sambil naik teksi sempat gak aku amik beberapa gambar yg menarik sepanjang perjalanan melalui tepi2 pantai.





Dalam hampir 1 jam baru la sampai kat Hotel Grand Borneo..

 Inilah pintu masuk hotel ..


Ini bilik tempat tidur aku...tido sorang2 je..


Ni plak pemandangan daripada bilik hotel

 Hotel ni best jugak sebab bersambung dengan shopping complex. Malam2 leh gi tgk midnight movie atau main bowling..

Time dah abis tugasan sempat jugak aku pergi makan-makan kat belakang pasar philipine..best jugak makan kat situ, byk makanan laut besar2, murah dan best.Terus masak disitu je.














Pagi lepas tu gi kat pasar philipine plak beli mutiara. Byk tul mutiara dan kristal. Harga nak kata murah tak la jugak sebab biasanya diorang ni up skit kalau tahun org luar dtg beli. Tapi yg paling best ialah beli ikan kering/ikan masin. Ikan kering/ikan masin kat sini ni memang lain daripada yg kat semenanjung. Best ikan kering dia. Udang kering pun ada. Sempat beli la jugak skit naik flight. Bau pun bau lah. Tak kira da..hehe

Tapi yg ruginya tak sempat gi kat gunung kota kinabalu. Org kata kat situ best. Takpelah, lain kali la pergi lagi kalau ada rezeki.


1 comment:

Fantastic Ajane said...

wahhh best xperien g kk ye..:) syg x smpt jln mana2... FA ada gak jln2 g national park 2.. pintu msk sblm g gunung kinabalu.nti FA uploadkan k..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails