Khamis, 15 April 2010

Jawatan Kosong April 2010

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
KOMPLEKS ISLAM, LUNDANG KOTA BHARU


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [keutamaan
kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di
Maahad Tahfiz Al -Quran Majlis Agama Islam Dan Istiadat Melayu Kelantan .
Keperluan yang di tawarkan adalah seperti berikut :

i. Guru Pengajian Islam - Takhasus Qiraat (1 kekosongan)
ii. Guru Pengajian Islam - Usuluddin (1 kekosongan)
1. (a) Jawatan : Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S 41
(Guru Pengajian Islam - Takhasus Qiraat (kekosongan 1)
(b) Klasifikasi : Perkhidmatan Sosial
(c) Kumpulan
Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
(d) Taraf Jawatan : Kontrak
(e) Jadual Gaji : Gred S 41
P1T1 RM 1688.89 - P1T27 RM 4638.89
P2T1 1783.51 - P2T27 4917.16
P3T1 1882.31 - P3T27 5219.23

Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) (i) Ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian Islam(Takhasus Qiraat) yang diiktiraf oleh
kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S 41: P1T1);
dan lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu
(termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yangdiiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
2. (a) Jawatan : Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S 41
(Guru Pengajian Islam -Usuluddin
(kekosongan 1)
(b) Klasifikasi : Perkhidmatan Sosial
(c) Kumpulan
Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
(d) Taraf Jawatan : Kontrak
(e) Jadual Gaji : Gred S 41
P1T1 RM 1688.89 - P1T27 RM 4638.89
P2T1 1783.51 - P2T27 4917.16
P3T1 1882.31 - P3T27 5219.23

Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) (i) Ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian Islam (Usuluddin) yang diiktiraf oleh kerajaan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
atau ;
(ii) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengajian Islam (Usuluddin) yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred S 41: P1T3); dan lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu
(termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

GAJI PERMULAAN
Gaji permulaan yang lebih tinggi diatas P1 boleh ditetapkan oleh pihak MAIK
berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN JAWATAN
i) Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun
pada tarikh tutup iklan jawatan.

CARA MEMOHON
i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)
Kn1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10 sm x 23 sm
yang beralamat sendiri serta bersetem 50 sen atau mengambil sendiri di
Unit Pengurusan Sumber Manusia,Bahagian Khidmat Pengurusan Tingkat 1
, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan .
ii) Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui
Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2009/ terkini dan
kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
iii) Salinan sah sijil-sijil persekolahan,kad pengenalan,surat beranak serta
surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul bersetem
yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang
permohonan .
iv) Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan
dilayan .

ALAMAT PERMOHONAN
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut ;
YABhg. Dato’ Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Balai Islam, Lundang,
15200 KOTA BHARU .

SEBELUM ATAU PADA : 20hb. April, 2010

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails