Ahad, 11 April 2010

Jawatan Kosong April 2010

Universiti Malaysia Sarawak, mempelawa anda yang berkelayakan, dinamik dan bersemangat peneroka untuk mengisi kekosongan jawatan Kumpulan Akademik di Pusat Pengajian Pra Universiti (PPPU) dalam bidang seperti berikut:


  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Matematik
  • Sains Komputer
  • Bahasa Inggeris

Syarat-Syarat Permohonan :

Pensyarah DS45/DS51
Pemohon perlu mempunyai ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
a) Gaji Permulaan ialah pada Gred DS45 (Minimum Ijazah Sarjana):
P1T1 RM2546.05 – P1T21 RM5484.96
b) Gaji Permulaan ialah pada Gred DS51 (Minimum PhD):
P1T1 RM4573.47 – P1T10 RM6439.44

serta
Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.


Guru Bahasa DG41,DG44,DG48,DG52
Pemohon perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
a) Gaji Permulaan ialah pada Gred DG41
P1T1 RM1695.85 – P1T27 RM4645.85
b) Gaji Permulaan ialah pada Gred DG44
P1T1 RM2982.99 – P1T14 RM4936.63
c) Gaji Permulaan ialah pada Gred DG48
P1T1 RM4355.00 – P1T8 RM5777.12
d) Gaji Permulaan ialah pada Gred DG52
P1T1 RM4900.47 – P1T8 RM6322.59

serta
Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.


Tutor DA41
Pemohon perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Kelas Dua Atas atau CGPA ≥ 3.0) dari Universiti yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang berkaitan serta Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DA41 : P1T1 RM1868.39)


Prosedur Permohonan

Pemohon hendaklah menghantar permohonan secara bertulis berserta curriculum vitae (c.v) dan bagi pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan-Badan Berkanun/Kuasa-kuasa tempatan hendaklah memajukan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Penilaian Prestasi (LPP) dan Penyata Perkhidmatan yang lengkap. Permohonan yang telah lengkap mestilah disertakan dengan gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) serta salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:-

Kad Pengenalan
Sijil Kelahiran
Sijil-sijil Akademik yang berkenaan
Sijil-sijil lain yang berkaitan

hendaklah dihantar kepada :- 
Pendaftar
Universiti Malaysia Sarawak
94300 KOTA SAMARAHAN
(u/p : Unit Perjawatan)
Tel : 082-581000   Fax : 082-581095
tidak lewat daripada 19 April 2010.

Permohonan berikut akan DITOLAK sekiranya tidak disertakan salinan dokumen-dokumen seperti di atas, salinan dokumen tidak disahkan, tidak lengkap atau tidak terang, tidak ditandatangani, tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan dalam iklan, permohonan lewat diterima dan gambar tidak seperti yang ditetapkan (gambar scan tidak dibenarkan).  Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails