Jumaat, 6 November 2009

Macam-macam la dia ni kan...:- Terangsang bila pakai sarung

SOALAN

SAYA berusia 48 tahun dan mempunyai dua anak, masing-masing 12 dan 16 tahun. Masalah saya tidak diketahui isteri kecuali lapan rakan di tempat kerja dan kawasan perumahan yang sering bersama mengerjakan solat di masjid dan surau. 

ISMAIL
Pulau Pinang


JAWAPAN


ANDA dinasihatkan memberikan tumpuan apabila beribadat. Seboleh-bolehnya elakkan daripada memikirkan perkara bukan-bukan, yang boleh menimbulkan gangguan, lebih-lebih lagi rangsangan yang tidak sepatutnya berlaku.

Terangsang dengan kaum sejenis lebih-lebih lagi dilarang kerana ia satu dosa dan perasaan sedemikian perlu dijauhi. Ingatlah azab Allah kepada kaum Lut dan laknat Nabi kepada perbuatan songsang golongan peliwat.

Sabda baginda s.a.w mengulangi kata-katanya sebanyak tiga kali bahawa: "Allah melaknat orang yang melakukan perbuatan kaum Lut."

Justeru, perbanyakkanlah beristighfar dan berzikir mengingati Allah dalam setiap tingkah laku dan walau di mana anda berada. Mudah-mudahan anda dapat menjauhi daripada masalah itu, bersama hati yang tulus untuk beribadat kerana Allah.

Hmetro...

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails