Khamis, 12 November 2009

"BICARA KETIKA"


KETIKA MNCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita

KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/ wali si gadis,
Tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/ wali si gadis.

KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tetamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mensia-siakan doa mereka.

KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabar. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan malaikat.

SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

KETIKA BIDUK RUMAHTANGGA BERGOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya terus semakin erat berpegang tangan.

KETIKA BELUM MEMPUNYAI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Jangan bagi cinta anda kepada (suami/isteri) dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami atau isteri.

KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anaknya..

KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengari oleh orang tuanya.

KETIKA ADA PIL
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails