Khamis, 13 Januari 2011

CAKAP TAK SERUPA BIKIN


Tazkirah hari ini ialah tentang CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

Al-Qur`an:-
Firman Allah SWT yang mafhumnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”.
(Surah As-Saff, ayat: 2 - 3)

Intisari:-

• Orang-orang yang beriman tidak sepatutnya pandai menyuruh orang lain melakukan sesuatu, sedangkan dia sendiri tidak melakukannya.

• Ramai orang suka menyuruh, memaksa, memerintah dan sebagainya kepada orang lain supaya buat apa yang disuruh, akan tetapi pada masa yang sama mereka (yang menyuruh) sebenarnya sedikitpun tidak melakukannya… Seolah-olah mereka hanya pandai berkata-kata sahaja (cakap tak serupa bikin).

• Sekiranya seseorang itu disuruh melakukan sesuatu ke arah perkara maksiat atau mungkar, maka tidak perlulah taat atau ikut apa yang disuruh seperti disuruh menipu, berzina dan sebagainya.

• Oleh itu, janganlah kita termasuk dalam golongan yang hanya pandai bercakap atau berkata-kata dan suka mengukir janji tetapi ia hanya sekadar kata-kata dan janji manis di bibir sahaja. Padahnya nanti kita bukan sahaja akan dicemuh oleh masyarakat, bahkan dibenci oleh Allah SWT.

1 ulasan :

ctpayong berkata...

maka itu perlulah kita menjadi tauladan buat mereka...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails