Selasa, 5 Januari 2010

Tips Lulus temuduga

Alhamdulillah syukur, akhirnya saya telah berjaya lulus temuduga bagi jawatan pegawai, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Walaupun berhadapan dengan pelbagai calon daripada pelbagai latarbelakang, pelbagai pengalaman dan calon2 yg lebih cemerlang akademik drp saya, akhirnya jawatan tersebut dapat juga saya miliki. Mungkin kebanyakan orang ada yg katakan adanya KABEL atau Orang dalam. Hakikatnya tidak pada saya. Saya tidak mempunyai satu pun kabel dan juga tidak mempunyai pengalaman di Interview bagi jawatan Pegawai. Tapi boleh dikatakan memang sudah rezeki saya. Lagipun saya mendapat tips2 temuduga daripada isteri saya yang telah 3 kali pergi temuduga SPA. Saya juga telah mendapat pertolongannya dalam menyusun sijil-sijil dan dokumen mengikut kehendak Pusat Temuduga. Jadi tak bila sampai ke Pusat temuduga tu saya dah tak payah susah2 susunkan sijil2 tu lg..

Apapun sememangnya maklumat dan tips2 penting utk berjaya temuduga, walaupun saya sendiri tidak membeli panduan ebook lulus temuduga Jamal..Masa kat Pusat Temuduga saya lihat ada calon yg pakai kasut mcm nak bersiar2, ada yg rambut tidak potong kemas dan mengikut peraturan, itu seolah-olah mcm tak nak kerja tu je.

Apa pun tips penting dari saya ialah confident pada diri, tetapi jangan overconfident hingga merendahkan penemuduga..

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails