Isnin, 26 Disember 2016

Kita Gembira Ada Yang Sedih

Dalam suasana hujung tahun ni, ramai yang sibuk kelam kabut dengan persiapan persekolahan anak-anak. Ada juga yang gembira menghabiskan baki cuti tahunan dengan membawa anak bercuti dalam dan luar negara. Kekadang dalam kemeriahan dan kegembiraan bercuti kita juga sentiasa disajikan dengan khabar berita yang menyedihkan daripada saudara-saudara seagama kita di Syria, Palestin, dan Myanmar. Mungkin semasa kita sedang enak menikmati makanan, ada saudara kita yang kebuluran di sana. Mungkin semasa kita sedang bergurau senda bersama keluarga, ada saudara kita yang sedang meratapi kematian/kecederaan anak-anak mereka yang masih kecil dan adik beradik atau ibu mereka yang rebah angkara bom peperangan.

Diharapkan kita sentiasa tidak lupa dan mendoakan agar saudara-saudara kita sentiasa mendapat pertolongan Allah. Semoga orang-orang islam di negara ini dan negara lain yang masih aman dapat turut membantu apa yang boleh dari segi derma dsb kepada saudara-saudara seagama kita.


Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails