Monday, September 28, 2015

Ringgit Susut Apa Penyebabnya



Hari ni terlintas di benak dan kepala otak aku untuk sharekan pasal kejatuhan matawang ringgit. Aku memangla bukan penganalisis matawang atau pun pakar ekonomi. Sesaja gatal tangan sekali sekali untuk menaip ni.

Ok..apakah matawang ringgit ni. Seperti yang ramai tahu (kalau tak tahu pun buat2 tahu la)..ringgit merupakan matawang Malaysia yang berasaskan kepada petroleum iaitu faktor ekonomi terbesar Malaysia. Dikatakan penyumbang kepada 60% pendapatan negara. Oleh itu, nilai ringgit berkait rapat dengan turun naik harga bahan komoditi ini. Selain itu, nilai ringgit juga bergantung kepada tahap ekonomi negara rakan dagangan utama negara termasuk China.

Selain itu, bagi pedagang matawang yang menjalankan currency trading, mereka amat suka menggunakan sentimen yang berlegar di negara tersebut sebagai asas jual beli matawang mereka. Antara faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi adalah penarafan badan antarabngsa, berita2 indikator ekonomi negara seperti import eksport, keadaan politik dan statement oleh mereka-mereka yang berpengaruh.

Faktor luaran terbesar yang turut mempengaruhi matawang adalah keadaan currency yang dipadankan dengan matawang tersebut. conthnya MYR vs USD. Dimana sekiranya matawang dipadankan lebih kuat keadaan/indikator ekonominya maka satu lagi matawang akan turun.

Sekian sahaja pandangan aku dan ini lebih kepada berdasarkan pembacaan aku sebelum2 ini.
# aku bukan pakar.

hihi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails