Isnin, 14 September 2015

Perjalanan ke Bakalalan Sarawak

Bakalalan, Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang dapat ditanam dengan buah epal. Epal di sini di panggil epal Bakalalan. Disini dikongsikan perjalanan ke Bakalalan yang lepas.

Setelah aku tanya Mr Google, didapati Perjalanan ke Bakalan  Sarawak guna Flight ni lebih dekat melalui Kota Kinabalu Sabah berbanding ikut Kuching Sarawak. So aku ikutla nasihat Mr Google. Naik MAS dari KLIA, KL lebih kurang selama 2 jam 30 minit sampai di Kota Kinabalu, Sabah. Dari sana aku ambik MAS Wing plak ke Lawas. Tak silap aku dalam 45 minit. Flight akan transit di Lawas kejap. Penumpang blehla turun utk ke Toilet dan rehat jap kat luar. Lepas tu baru penerbangan akan disambung direct ke Bakalalan Sarawak. Dari Lawas ke Bakalan ia makan masa lebih kurang 45 minit lagi. Untuk ke Bakalan, pelancong perlu tahu bahawa Penerbangan MAS Wing dari/ke Bakalalan adalah cuma 2 trip/2 kali penerbangan sahaja dalam seminggu. Puratanya dalam 3 hari 1 penerbangan. Oleh itu kena la stay kat sana dalam 3 hari sebelum flight MAS Wing seterusnya sampai..ok.




Di Bakalalan, aku stay kat Apple Lounge selama 3 hari. Sempat la hirup udara bukit yang segar, menikmati kehidupan suasana kampung dan yang paling best dapat menikmati buah epal Bakalalan yang segar dan unik.







Disini dikongsikan gambar menarik kawasan sekitar Bakalalan. Penduduknya amat ramah dan mesra kepada pengunjung luar yang datang berkunjung.



3 ulasan :

Unknown berkata...

i never knew this! wah, apple nya rasa sama tak macam apple biasa? nampak mcm lebih gebu je :D

tengkuzimy berkata...

Eh... tepat tekaan tu. Mmg rasanya lagi gebu dan rapuh. (Spongy).

kay berkata...

mcm sedp je epal ney

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails