Wednesday, September 9, 2015

Kos Buang NGV

Minggu lepas aku try search drp google berkenaan topik Kos Buang Sistem NGV ni. Ni sebab aku nak buang dah NGV daripada kereta iswara aku tu. Setelah lebih 5 tahun pakai rasanya dah cukup la tu. Banyak sangat dah problem kereta iswara tu skrg ni. Selalu je rosak. Tak larat dah aku nak maintenance kan kereta tu.  Berbalik pada topik tadi. Cari punya cari punya cari tak jumpa pun aku entry org pasal nak buang NGV ni. Yang ada semua pasal nak pasang NGV. Adoila...terpaksalah aku gi sendiri ke bengkel NGV dan tanya org kedai brapa harganya. 

Petang semalam sempat la aku singgah di satu bengkel di Taman Perindustrian Batu Caves. Aku tanya lah satu amoi ni kat kedai tu..Ni conversation nyer:

Aku: Berapa harga saya nak buang NGV ye?. 
Amoi: Oh jap ye..I call tanya dulu. Ringg2..shi shau shau......sss.... Oh..2 ribu linggit.

Aku: Eh, u tanya pasang ke buang? Saya nak buang..
Amoi: Oh, nak buang ek..silap2..kejap ye, i call balik. Shi shau...sss..psstt...sap pat man. Oh, 3 ratus linggit encik.

Aku: ooh..3 ratus ek. takde diskaun ke?
Amoi. Takde2..itu sudah murah. Nt NGV tu lu angkatla,..kami tarak ambik.

So, kesimpulannya 3 ratus ringgit perlu utk buang sistem NGV tu daripada kereta aku,. Hemm..mahal jugak tu. Tggu la aku ada duit dulu..huhu..

No comments :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails