Isnin, 11 November 2013

Hartanah 2014 Teruk

Salam semua, dah lama aku tak posting kat blog ni. Dah dekat 2 tahun. Lama sangat, tak tahula kenapa. Maybe sibuk sangat dengan kerja dan komitmen keluarga, tapi rasanya yang sebenarnya aku malas nak peruntuk masa tuk menaip ni. hihi. 

Ni aku cuba nak discuss skit pasal hartanah 2014 lepas banyak aku survey dalam tenet ni dan discuss ngan member2, nampaknya pasaran hartanah bagi tahun 2014 sangat mencabar, terutama bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia hartanah. Dengan kenaikan cukai hartanah 2014 atau dengan kata lainnya RPGT menyukarkan lagi para penspekulasi/penjual hartanah menjual hartanah dengan mendapat untung yang banyak. Ini nampaknya agak baik dalam mengurangkan kegiatan spekulator. Bagaimanapun harga rumah tetap ditakuk lama jgk, tetap mahal dan tidak akan turun kerana ini keperluan asas manusia dan tanah di bandar-bandar memang sudah amat terhad untuk diperoleh/diduduki, jadi persaingan nak dapatkannya memang la tinggi.

Bagaimanapun 2014 rasanya harta tanah tidak akan mengalami kenaikan yang besar sepertimana berlaku semasa zaman peralihan 2012-2013. Lonjakan tinggi telah berlaku dengan drastik. Kebanyakan rumah di Selangor dan KL mengalami kenaikan yang tinggi, di mana ada rumah teres yang harga 200k naik 300k, manakala 300k naik sampai 400k dan ke atas.

Untungla bagi saper2 yang sempat beli rumah sebelum zaman kenaikan tersebut. Manakala bagi yang telah terlambat untuk membeli rumah, peluang masih ada untuk membeli tetapi kemampuan telahpun dihadkan di mana mungkin dengan kadar bayaran loan sebulan 1000k ada yang dapat duduk rumah teres sebelum 2013, tapi kalau beli 2013 ke atas anda mungkin terpaksa beralah dengan tekanan dan mungkin cuma mampu beli rumah apartment sahaja.

Adakah harga tanah/rumah akan turun?. Sudah tentu tidak sama sekali. Ini kerana setiap pinjaman baik rumah mahupun kereta, pasti ada interest yang dikenakan. Oleh itu, kenaikan termasuk hartanah pasti akan tetap berlaku setiap tahun samaada kenaikan itu kecil ataupun besar.....


P/S: Sekadar perkongsian pendapat, aku bukan pakar harta tanah,..maybe ada orang yang lebih pakar ada pendapat lain. Boleh komen, perbezaan pendapat adalah sesuatu yang sihat dan bertamadun..:)


Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails