Sunday, May 13, 2012

Bersediakan Malaysia menggunakan Tenaga Nuklear?



Okay, topik ari ni aku berkongsi pasal cadangan menggunakan kuasa nuklear di Malaysia. Pada masa ini banyak negara telah meninjau untuk menghasilkan nuklear plant bagi menjana tenaga elektrik berasaskan tenaga nuklear. Isu pasaran harga minyak semasa yg tak menentu dan sumber minyak yang akan habis pada akhirnya mungkin mendesak kita untuk turut serta dalam menggunakan sumber ini. Tapi bersedia ke kita?.. Faktor sikap, disiplin rakyat kita dalam bekerja, keselamatan dan paling penting isu pemikiran masyarakat terutama ahli politik pembangkang yg membuta tuli adalah sesuatu yg patut diatasi terlebih dahulu.:)

Peristiwa semasa seperti tragedi nukelar di chernobyl Ukraine pada 1980an dan tragedi terbaru nuklear di jEPUN nampaknya telah membuka mata banyak pihak untuk melihat akan negatifnya penggunaan tenaga nuklear ini. Namun begitu kalau dilihat dari segi kedua-dua peristiwa tadi, berlakunya kemusnahan akibat loji nuklear tersebut adalah sesuatu yg dpt diatasi. Faktor kedua-dua loji tersebut yg telah buruk dengan teknologi yg ketinggalan zaman, faktor kecuaian Manusia selain alam semulajadi menjadi penyebab berlakunya tragedi nuklear.

Sebab tu aku rasa kalau negara Mahu berjimat, sememangnya tenaga nuklear perlu menjadi pilihan utama sepertimana UAE telah membina loji nuklear di negara mereka dengan kontrak diberikan kepada syarikat Korea Selatan. Sedangkan UAE adalah antara negara pengeluar minyak yang terbesar. Langkah berpandangan jauh oleh UAE dan kerjasama oleh parti2 politik dalam negara adalah perlu bagi memungkinkan teknologi yang membawa manfaat dan penjimaTAN kepada negara diteruskan.

Ni pendapat aku je, tak semestinya betul, So..

Apa komen anda? Ada cadangan..



No comments :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails