Sabtu, 9 April 2011

Pengalaman Bermain Paint Ball


Paint Ball, Paint Ball..Paint Ball la Sgt..haha..em, ari sabtu sempatla jugak aku try main paint ball ni. Sebelum ni aku memang tak pernah pun main paint ball. Apa menda la paint ball ni. Apa yg aku tahu org kata sakit kalau kena tembak ngn bola dia tu. Apa2 pun tak perla aku cuba jela.. Best ke tak tak tahu lagi, at least I get the experience.

Sebelum main tu staff kat site  bagi taklimat dulu cara main Paint Ball ni. Dia kata semua staff situ dipanggil marshall. Em ye la tu. Ok, so mula2 dia bagi taklimat dan bagitahu yang main paint ball ni sakit jugak kalau kena tembak sebab peluru dia bergerak pada kelajuan 300km sejam. Peluru yang dimasukkan dalam senapang dia sebanyak 250 biji semuanya. 

Siapa yang kena tembak akan dikira mati dan perlu letak tgn kekepala dan keluar menuju ke kawasan selamat yg dikhaskan. Peraturan dia senang je iaitu kena pakai topeng muka dan tidak dibenarkan buka topeng sampai keluar daripada kawasan permainan. Bagi perempuan kena pakai pelindung dada, bahaya!.hihi..lelaki tak payahla, melainkan ko rasa ko pompuan..huhu..

Mengikut Marshall lagi kalau nak kurangkan kesan tembakan kena pakai baju lengan panjang dan seluar jeans. Then, tempat main dia ada dua. Satu kawasan hutan/semak..aku tgk.luas jugak kawasan dia tu.  Peraturan main dalam hutan senang je.. 1 bendera diletakkan pada tempat mula2 masuk kekawasan permainan. 1 team ditempatkan ke kem nya dan 1 team lagi di kem berlainan. 

So bila Marshall kata ok, semua kena berebut dapatkan bendera sambil menembak. Pasukan mana yg berjaya dptkan bendera mendapat 30 mata, jika berjaya letakkan bendera di kem lawan mendapat 100 mata dan dikira menang. Biasanya game akan dijalankan dalam masa 7-8 minit. Aku ingat kejap je tak penat..tapi bila main..puhh! PENAT gila..lak tu kena tembak plak..lebam2 lak kat badan..he2..Apa pun Best..memang mencabar..Peluru banyak..main tembak merata pun tak abis...hihi

Bergambar sebelum berperang




Bergerak ke medan perang

 Gaya masa menembak musuh..hihi 

Abis 1 game..ada 4 game lagi pasni...hemm


2 ulasan :

euro berkata...

Great activity...Nice articles,dude:)

Aleen Aiden berkata...

woah,teringin giler nak maen paintball tapi org ckp klo kene tembak saket giler sampai lebam.hu3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails