Rabu, 5 Januari 2011

Galeria Perdana Dr Mahathir

Pada beberapa bulan yg lepas aku semasa pegi kursus pengurusan projek di langkawi, aku sempat jugak pergi beberapa tempat yang dikatakan menarik di Langkawi, antaranya adalah galeria perdana dr Mahathir ini. Selain daripada rekaan bumbung dan corak dalamannya yang menarik, didalam galeri ini juga terdapat pelbagai barangan yang unik dan menarik.

Menurut maklumat, galeri ini adalah konsep kreatif hasil bekas Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad. Sebuah tempat dibina dengan satu tujuan yang unik. Galeria Perdana  berfungsi untuk memaparkan banyak hadiah dan penghargaan yang dimiliki oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan isterinya daripada pemimpin dan tokoh2 kenamaan dalam dan luar negara.
Inilah Bangunan Galeri Perdana



Antara beberapa barangan hadiah yang dipamerkan.








INI adalah sebahagiannya sahaja, mengikut rekod lebih 2500 barangan dipamerkan di galeria ini..Jadi, apa lagi kalau pergi Langkawi singgahla sini kejap untuk melihatnya sendiri.

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails