Sabtu, 22 Januari 2011

Makna bulan Muharram


Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah SWT telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah SWT itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ia dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.
Kita boleh memanfaatkannya dengan melakukan ibadah seperti berikut:-
    1. Membaca Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun
    2. Berpuasa Sunat
    3. Melakukan Perubahan ke Arah Kebaikan

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails