Saturday, January 8, 2011

DIAM


Seorang ibu muda pergi berjumpa kawannya yang kebetulan seorang doktor. Ketika rancak bersembang, anak kecil si ibu tadi sibuk menggeledah makmal kecil di rumah doktor tersebut.

Si ibu tersebut tidak pula melarang anaknya yang semakin lama semakin rancak menggeledah bilik yang dipenuhi botol-botol ubat. Doktor tersebut tidak berkata apa-apa tentang kenakalan anak si ibu tadi.

"Prangggggg!!!" Bunyi botol kaca pecah. Barulah si ibu bersuara, "Saya harap awak tak kisah dengan anak saya tu. Dia memang nakal sikit. Biasalah, budak-budak."

"Ehh! Tak apa. Nanti sampai kat botol racun tu, diamlah dia," kata doktor tersebut dengan sinis."  

No comments :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails