Sabtu, 8 Mei 2010

Jawatan Kosong Mei 2010

 Jawatan Kosong di UiTM Terengganu

1. Jawatan kosong : TETAP

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia (Anak Negeri Terengganu*) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan JAWATAN TETAP di UiTM Terengganu Kampus Dungun, UiTM Kampus Kuala Terengganu & UiTM Kampus Bukit Besi. Permohonan   hendaklah  dibuat     di dalam Borang  Perjawatan  Universiti Teknologi  MARA yang boleh  diperolehi   dengan  melayari    laman   web  UiTM     Terengganu  di http://terengganu.uitm.edu.my/Iklan dan borang juga boleh didapati di Bahagian Pentadbiran, Aras 2, Bangunan Integriti, UiTM Terengganu, Dungun. 
      
*  Pemohon hendaklah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu sahaja. Pemohon atau bapa pemohon hendaklah dilahirkan di Negeri Terengganu.
Tarikh tutup penerimaan borang ialah pada :     10 MEI 2010 (ISNIN)

2. Jawatan Kosong : HARIAN

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan Jawatan Harian di Hotel UiTM Dungun , Universiti Teknologi MARA Terengganu, 23000 DUNGUN .
a) Pembantu Tadbir (Pramusaji) - N17
b) Tukang Masak - N17
Tarikh tutup penerimaan borang ialah pada : 11 MEI 2010 (SELASA)
Sila kemukakan permohonan kepada :-

TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
ARAS 2, BANGUNAN INTEGRITI
UiTM TERENGGANU KAMPUS DUNGUN
23000 DUNGUN
TERENGGANU DARUL IMAN

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails