Sabtu, 10 April 2010

DOA MEMOHON KEKAYAAN, MURAH REZEKI DAN KEBERKATAN.

Al-Hadis:-

Daripada Anas r.a berkata: Ibuku telah berkata: “Wahai Rasulullah SAW, ini khadammu Anas, doakanlah untuknya”. Maka Rasulullah saw berdoa: “Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anaknya serta berikanlah keberkatan pada setiap perkara yang Engkau berikan padanya. (Riwayat al-Bukhari)

Huraian:-

· Diharuskan memohon kekayaan, dimurahkan rezeki, anak dan dipanjangkan umur.

· Harta atau apa sahaja kurniaan Allah tidak berguna sekiranya tanpa keberkatan.

· Diharuskan meminta orang-orang soleh mendoakan untuk kita.

· Kita hendaklah mendoakan untuk orang lain sekiranya diminta berbuat demikian.

· Untuk mengamalkan doa tersebut dengan lafaznya yang bermaksud:

"Ya Allah perbanyakkanlah hartaku, anak keturunanku

serta berikanlah keberkatan pada setiap perkara yang Engkau berikan padaku".

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails