Isnin, 29 Mac 2010

Petanda Chelsea

LONDON: Selepas membelasah Aston Villa 7-1, Frank Lampard percaya Chelsea sudah bersedia untuk merampas gelaran Liga Perdana Inggeris daripada Manchester United ketika kedua-dua pasukan bertemu di Old Trafford, Sabtu ini.
Lampard meledakkan empat gol untuk membolehkan pasukannya menang besar di Stamford Bridge dan Chelsea kelihatan mula bangkit daripada persembahan meragukan yang dipamerkan sebelum ini.
Anak buah Carlo Ancelotti tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara selepas ditewaskan Inter Milan dan terlepas mata ketika bertemu Manchester City serta Blackburn.

Tetapi, mereka mampu untuk mengatasi United dengan dua mata andai menang di Old Trafford minggu ini.

Chelsea menewaskan anak buah Alex Ferguson itu 1-0, November lalu dan Lampard percaya kemenangan itu sambil diselangi beberapa kejayaan ke atas Arsenal dan Liverpool musim ini membuktikan betapa mereka mempunyai kualiti yang cukup untuk bergelar juara.

“Kami tahu kualiti yang dimiliki pemain kami. Kami sudah membuktikannya sepanjang musim ini,” kata Lampard.mi pernah menewaskan Manchester United, Arsenal dan Liverpool walaupun mereka menampilkan formasi berbeza. Sekarang kami perlu fokus terhadap apa yang perlu kami lakukan - kami mahu menang di Old Trafford.” Pemain tengah England itu yang tidak pernah gagal menghasilkan lebih daripada 20 gol sepanjang enam musim, kini berada di tangga ketiga senarai penjaring terbanyak kelab, meminta maaf atas persembahan meragukan Chelsea sejak kebelakangan ini tetapi berkata kejayaan ke atas Villa adalah salah satu daripada persembahan terbaik Chelsea.

“Kami mempamer aksi hambar baru-baru ini dan kami perlu minta maaf kepada peminat di atas kesilapan itu,” kata Lampard.

“Kami berharap episod buruk itu sudah berlalu dan kami mahu menumpukan perhatian kepada apa yang sepatutnya kami lakukan. Kami mahu menang semua baki perlawanan.

“Kami perlu melupakan sedikit masalah yang pernah kami lalui dan menumpukan perhatian kepada sasaran.” - AFP
Sumber: Harian Metro

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails