Sabtu, 27 Mac 2010

Jawatan Kosong April 2010

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH SETIU

1.PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J29
2.PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29

* CARA MEMOHON :
(i) Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan MDS. TR. 1 dengan harga RM 2.00 yang boleh didapati di Bahagian Kewangan, Majlis Daerah Setiu.
(ii) Permohonan hendaklah dihantar kepada ;

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH SETIU,
WISMA MDS,
22100 PERMAISURI,
SETIU, TERENGGANU.

(sila tuliskan jawatan yang dipohon di sebelah kanan dan tarikh tutup permohonan di sebelah kiri sampul surat)

(iii) Tarikh Tutup Permohonan : 07 April 2010 (Tarikh Iklan 24 Mac 2010)

(iv) Sertakan Salinan :
a) Gambar warna berukuran ‘pasport’ (letakkan pada penjuru kanan Borang Permohonan)
b) Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan yang disahkan; dan
c) Salinan sijil-sijil yang berkaitan

* PERKARA AM

1. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
2. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memajukan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan untuk tiga tahun berturut-turut.
3. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
4. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails