Monday, March 29, 2010

2 hantu ganggu Katie

LONDON: Model terkenal Playboy yang kini menjadi selebriti dan ahli perniagaan, Katie Price, dilaporkan mahu menjual kediaman mewahnya secepat mungkin kerana diganggu sepasang hantu.
Dia yang kini menjadi bintang siri televisyen realiti di Britain tinggal di kediaman bernilai RM12.3 juta itu bersama suaminya, Alex Reid.
Menurut rakan Katie, hantu berupa wanita menakutkan itu kelihatan di tingkat atas rumahnya, manakala satu lagi mengganggu alat memerang warna kulitnya.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini Katie - atau lebih dikenali dengan nama Jordan - tidak bercadang memanggil pihak yang mampu menghalau hantu.

“Sebaliknya Katie menghubungi ejen hartanah untuk menjual kediaman itu,” katanya, semalam.

Rakan baik Katie itu berkata, selebriti terbabit bercadang mahu menjual rumah di Surrey itu secepat mungkin walaupun ia baru diubah suai.
“Katie berasa seperti dia memang dipaksa keluar dari rumah itu oleh hantu berkenaan,” katanya.

Katie, 31, berkata hantu berupa wanita tua itu berada di tingkat atas rumah berkenaan.

Tingkat itu pernah didiami Katie bersama bekas suaminya, Peter Andre.

Sumber itu berkata, Reid turut mengaku pernah melihat hantu berkenaan.

Hantu kedua - dipercayai menyerupai lelaki - mengganggu alat kecantikan kulit dipasang Katie di sebuah bilik berhampiran tingkat bawah rumahnya.
Kata sumber, Katie sering ternampak bayangan itu.

Kata sumber berkenaan, Katie tidak mampu lagi bertahan lebih lama.

“Rumah itu pernah menempatkan pesara Britain. Jadi, mungkin ramai yang mati di situ,” katanya.

Kediaman seluas 0.6 hektar itu dibeli Katie pada 2008, turut dilengkapi kolam renang, garaj, gimnasium dan tangga marmar.

Sementara itu, seorang rakan lain berkata, sebenarnya Katie cuma dihantui bayangan Andre.

“Rumah itu mahu dijual kerana Katie tak mahu mengingati bekas suaminya,” katanya. - Agensi
 Sumber: Harian Metro

No comments :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails