Jumaat, 26 Februari 2010

Jawatan Kosong Mac 2010


JAWATAN KOSONG DI KEMENTERIAN PERTAHANAN
 
1.    1.1. (a) Jawatan : Tukang K3
2. 2.1. (a) Jawatan : Pemandu Kenderaan

3. 3.1. a) Jawatan : Pekerja Awam Khas

4. 4.1. (a) Jawatan : Atendan Kesihatan

5. 5.1. (a) Jawatan : Pembantu Am Pejabat (Pelayan Mes)

6. 6.1. (a) Jawatan : Pekerja Awam
7. 7.1. (a) Jawatan : Pemandu/Operator Jentera Pemunggah
 

1. PANDUAN MEMOHON
1.1 Syarat-Syarat Permohonan
1.1.1 Permohonan boleh dibuat dengan melayari terus melalui laman web : www.jobsmalaysia.gov.my
1.1.2 Permohonan dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) hendaklah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
1.1.3 Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan dokumen berikut semasa urusan temuduga:-
i) Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini; dan
iI) Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang terkini.
1.2 Umur
1.2.1. Calon untuk Lantikan Tetap
i) Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan;
ii) Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan;
iii) Bekas anggota tentera/polis yang telah menamatkan perkhidmatan dengan baik hendaklah berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh permohonan.
1.3 Kemudahan-kemudahan dan Elaun-elaun
Pegawai lantikan tetap layak menerima gaji yang ditetapkan mengikut skim perkhidmatan dan pelbagai kemudahan serta elaun yang sedang berkuatkuasa di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia, seperti berikut:-
i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam (Sokongan II) - RM95.00
ii) Imbuhan Tetap Perumahan -RM180.00
iv) Bayaran Sara Hidup - Antara RM100.00 hingga RM300.00 (mengikut penempatan)
iv) Pinjaman Perumahan
v) Pinjaman Kenderaan
vi) Pinjaman Pembelian Komputer
vii) Kemudahan rawatan percuma di Hospital/Klinik Kerajaan
Viii) Cuti Rehat Tahunan dan cuti-cuti lain yang berkelayakan

1.4 Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan ini pada 12 Mac 2010.

1.5 Keterangan Am
1.5.1 Pemohon boleh memohon lebih dari satu jawatan sesuai dengan
kelayakan masing-masing.
1.5.2 Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk
temuduga.
1.5.3 Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas
6 bulan dari tarikh iklan ditutup atau selepas ditemuduga
hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Makluman lanjut DISINI

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails