Jumaat, 26 Februari 2010

Jawatan Kosong Mac 2010

PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI

Individu yang memiliki kelayakan minimum ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang Fesyen, ‘Chef
Training/Culinary Art’, Penyamanan Udara dan Bahasa Isyarat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dipelawa untuk memohon
jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH41.

Individu yang memiliki diploma dalam bidang Sains Kesetiausahaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dipelawa untuk
memohon jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29.

Pemohon bagi jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH41 dan DH29 perlu mendapat
kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Permohonan boleh dikemukakan di www.jobsmalaysia.gov.my atau melalui Portal SPP. Setiap permohonan
adalah sah untuk tempoh satu tahun dari tarikh permohonan. Pemohon yang melepasi asas tapisan yang
ditetapkan oleh Suruhanjaya akan menerima panggilan temu duga. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan
menghubungi talian 03-8871 7477 atau melalui iForum.

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails