Ahad, 10 Januari 2010

United seri dengan Birmingham

LONDON: Manchester United diselamatkan gol sendiri yang dipertikaikan untuk seri 1-1 dengan Birmingham tetapi terlepas peluang untuk menduduki puncak Liga Perdana Inggeris.

Birmingham percaya gol sendiri pemain pertahanannya, Scott Dann tidak seharusnya diberikan kerana Wayne Rooney kelihatan dalam kedudukan ofsaid.

Namun keputusan seri itu membolehkan Birmingham yang mendahului pada separuh masa pertama menerusi gol Cameron Jerome untuk melanjutkan cabaran tanpa kalah kepada 12 perlawanan.

United menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Darren Fletcher dibuang padang di babak akhir selepas dilayangkan kad kuning kedua.

Chelsea kekal di tangga teratas dengan kelebihan satu mata dan perlawanan apabila saingan dengan Hull adalah antara lima perlawanan yang ditunda.

Pasukan tempat ketiga Arsenal pula diikat 2-2 oleh Everton dalam satu-satunya lagi perlawanan semalam.

Birmingham yang bermain di gelanggan sendiri mendahului pada minit ke-39 menerusi tandukan Jerome.

United menyamakan kedudukan pada minit ke-63 yang mencetuskan kekeliruan apabila Dann tertampan bola hantaran silang Patrice Evra masuk ke gawang sendiri dan penjaga garisan mengangkat bendera menunjukkan Wayne Rooney ofsaid.

Pengadil Mark Clattenburg berbincang dengan pembantunya itu sebelum mengesahkan gol United. - AP

sumber: Http://bharian.com.my

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails