Rabu, 6 Januari 2010

10 Wasiat Imam Syafiee

10    Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah,    beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut    ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan    dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh    perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA    DIRI
.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan    percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Iaitu:    Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari    orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada    Allah.

KETIGA : HAK KEPADA    KUBUR

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat    kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang    dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN    NAKIR

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat    dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN  (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)

Iaitu : Menahan    kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung    kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG    MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)

Iaitu : Membuang tabiat suka    mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka    berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA    NERAKA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik    kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok    akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT    PENJAGA SYURGA)

Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima    bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan    maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI    S.A.W

Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan    syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan    bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH  : HAK KEPADA ALLAH SWT

Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan,    mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci    kemaksiatan.

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails