Selasa, 29 Disember 2009

Lelaki perkosa gadis bawah umur dicekup

GEORGETOWN: Polis menahan seorang lelaki berusia 20-an selepas dipercayai merogol seorang gadis bawah umur berusia 14 tahun di Batu Lanchang, Jelutong di sini, Sabtu lalu.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5 pagi selepas polis membuat intipan dan pemantauan seterusnya menahan suspek selepas keluarga mangsa membuat laporan polis mengenai kehilangan anak mereka yang dipercayai dilarikan teman lelakinya.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakub berkata, kejadian berlaku 20 Disember lalu selepas keluarga mangsa membuat laporan polis mengenai anaknya yang tidak pulang rumah selama lapan hari dan usaha menjejakinya menemui jalan buntu.

“Selepas gagal ditemui, satu laporan polis dibuat keluarga mangsa dan polis melancarkan gerakan mencari sebelum menemui mangsa bersama teman lelakinya di Batu Lanchang di sini, sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.
“Suspek kini ditahan reman untuk siasatan dan berdasarkan siasatan mangsa bukannya diculik sebaliknya mengikut sendiri teman lelakinya, namun punca kejadian masih disiasat,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, empat lelaki cedera parah selepas dipercayai ditetak sekumpulan ahli kongsi gelap di sebuah kuil di Taman Nipah, Sungai Dua di sini kelmarin.

Sumber: Hmetro

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails