Isnin, 28 Disember 2009

Keajaiban Saintifik Al-Qur'an

Kewujudkan
Alam SemestaPernah tidak kita berfikir bagaimana alam semesta yang kita
duduki ini terbentuk. Lihat saja rumah kediaman yang sedang kita
tinggal sekarang ini. Adalah mustahil kalau rumah tersebut jadi dengan
sendirinya tanpa dibina terlebih dahulu.

Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur'an dalam ayat berikut;

Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi. Surat al-An'aam:101.

Maklumat
yang dinyatakan dalam Al-Qur'an ini adalah satu fakta yang sangat tepat
dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Kesimpulan yang dicapai
dalam bidang astrofizik sekarang ini ialah bahawa alam semesta,
bersama-sama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui satu
letupan yang besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang
dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah
diciptakan dari ketiadaan sebagai satu produk, dari satu letupan titik
tunggal. Golongan saintifik moden percaya bahawa Big Bang adalah
satu-satunya penerangan paling diterima akal dan fakta yang dapat
dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan alam semesta.

Sebelum
fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud.
Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan
yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semuanya ini
sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini, yang baru diketahui melalui
kajian dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur'an 1400
tahun lalu.

Pengembangan Alam Semesta

Dalam
Al-Qur'an yang diwahyukan 1400 tahun lalu, ketika pengetahuan tentang
astronomi masih sedikit, fakta mengenai pengembangan alam semesta telah
diterangkan seperti berikut;

Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat; 47)

Edwin Hubble

Perkataan
'langit' yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam banyak
tempat dalam Al-Qur'an yang bermaksud ruang angkasa dan cakerawala. Di
sini sekali lagi, perkataan ini digunakan untuk maksud ini. Dalam
perkataan lain, Al-Qur'an membongkar hakikat mengenai proses
pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang
diputuskan oleh dunia sains hari ini.

Sehingga penghujung abad
ke 20, pandangan yang paling masyhur dalam dunia sains ialah bahawa
'alam semesta mempunyai sifat konstan (statik ataupun tidak berubah)
dan telah wujud tanpa keterbatasan masa'. Kajian, pemerhatian dan
pengiraan yang dijalankan melalui seluruh insfranstruktur teknologi
moden, sebenarnya telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud
dalam masa yang terbatas dan berkembang secara konstan.

Pada
permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia yang bernama Alexander
Friedmann dan ahli kosmologi Belgium yang bernama George Le'maitre
telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam
keadaan pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang.

Fakta
ini juga telah dibuktikan melalui data dari pemerhatian yang dijalankan
pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika yang telah
membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan teleskop,
mengisytiharkan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi bergerak
menjauhi antara satu sama lain secara berterusan. Sebuah alam semesta
di mana semua benda di dalamnya bergerak secara konstan menjauhi antara
satu sama lain, jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu.
Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa
alam semesta adalah berkembang secara berterusan. Fakta ini telah di
jelaskan dalam Al-Qur'an ketika mana hal ini masih belum lagi pernah
diketahui oleh manusia. Ini adalah kerana Al-Qur'an adalah kalam serta
petunjuk dari Tuhan, maha Pencipta dan Pemerintah bagi seluruh alam
semesta.

Pemisahan Langit Dan Bumi

Sepotong ayat mengenai penciptaan langit dinyatakan sebagai berikut.

"dan
apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi
itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan),
kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan
segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?".
(Surah Al-Anbia: 30)

Kalimah 'ratq' diertikan sebagai dijahit
yang bermaksud 'dikumpul bersama, dicampur' dalam kamus bahasa arab.
Ianya digunakan untuk merujuk dua intipati yang berbeza yang membina
suatu yang menyeluruh. Frasa 'Kami membuka jahitan; adalah perkataan
fataq dalam bahasa arab dan menggambarkan bahawa sesuatu yang
diwujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur ratq.
Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.

Sekarang
mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi dengan menyimpan
pemahaman ini di dalam minda. Di dalam ayat tersebut, langit dan bumi
pada status pertamanya adalah berbentuk ratq. Kedua-duanya di pisahkan
(fataqa) dengan kemunculan satu dari yang satu lagi. Apa yang menarik,
apabila kita mengingati saat pertama fenomena Big Bang kita melihat
bahawa satu titik tunggal mengandungi semua material alam semesta.

Dalam
perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang masih belum
diciptakan lagi, juga termasuk di dalam titik tunggal ini dalam keadaan
ratq.. Titik ini kemudiannya meletup dalam satu letupan yang besar,
menyebabkan materialnya menjadi fataq dan proses ini membentuk
keseluruhan struktur alam semesta. Apabila kita membandingkan
pernyataan di dalam ayat Al-Qur'an di atas dengan penemuan saintifik,
kita mendapati bahawa kedua-duanya berada dalam keserasian yang
sempurna di antara satu sama lain. Apa yang cukup menarik perhatian
ialah penemuan ini tidak diketahui sehingga abad ke 20.

Orbit

Ketika
menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur'an, ianya
ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit
tertentu;

Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan
bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya) . (Surah
al-Anbiya; 33)

Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;

Dan matahari beredar di tempat peredarannya.. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. (Surah Yaasin;38)

Fakta
yang dikemukakan dalam Al-Qur'an ini telah ditemui melalui pemerhatian
astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi,
matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam
mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar
Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara
anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit
yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar)
juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua
bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan
pergerakan yang telah ditentukan.

Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur'an;

Demi langit yang mempunyai jalan-jalan. (Surah az-Dzariyat; 7)

Terdapat
lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi
hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang
ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai
satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit
yang telah dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya 'berenang'
melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang
sempurna bersama-sama dengan yang lain. Selanjutnya, bilangan komet
yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah
ditentukan untuk mereka.

Orbit-orbit dalam alam semesta bukan
sahaja dimiliki oleh jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh
galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan yang besar dalam
orbit-orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada
satupun objek langit ini yang memotong orbit atau bertembung dengan
objek lain.

Suatu yang pasti, ketika Al-Qur'an di turunkan
manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau
teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang
angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden.
Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan
secara saintifik bahawa ruang langit 'dipenuhi dengan lintasan dan
orbit' seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur'an. Bagaimanapun, hal ini
secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur'an yang diwahyukan
ketika itu -kerana Al-Qur'an sebenarnya adalah kalam Tuhan.

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails