Khamis, 17 Disember 2009

JAWATAN KOSONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan
dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di Universiti
Teknologi MARA bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

JAWATAN 1. PENSYARAH MUDA (GRED DM41) / PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH
KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / GRED KHAS C
(PROFESOR) SECARA TETAP / KONTRAK

JADUAL GAJI MATRIKS :
1. JAWATAN PENSYARAH MUDA (GRED DM41) / PENSYARAH UiTM (GRED DM45) /
PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / GRED KHAS C
(PROFESOR) SECARA TETAP / KONTRAK

Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional

DM 41 :
P1T1 RM1876.74
P2T1 RM1979.71
P3T1 RM2086.66

P1T21 RM4645.84
P2T21 RM4924.12
P3T21 RM5226.18

DM 45 :
P1T1 RM2546.05
P2T1 RM2642.06
P3T1 RM2742.25

P1T21 RM5484.96
P2T21 RM5788.25
P3T21 RM6113.85

DM 51:
P1T1 RM4573.47
P2T1 RM4789.15
P3T1 RM5013.18

P1T10 RM6439.44
P2T10 RM6730.27
P3T10 RM7029.45

DM 53

(Prof. Madya) :
P1T1 RM4842.03
P2T1 RM5057.71
P3T1 RM5281.74

P1T10 RM6797.08
P2T10 RM7117.13
P3T10 RM7448.31

Gred Khas C : VK 7
(Profesor) : RM6595.99 - RM9480.90
JAWATAN 1 : PENSYARAH UiTM GRED DM41 / DM45 / DM51 / DM53 / VK7
SYARAT LANTIKAN
(a) Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM41
(i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM41: P1T2); atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM41: P1T3); atau
(iv) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM41: P1T5); atau
(v) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM41: P1T6); atau
(vi) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta menjadi Ahli
Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM41: P1T7); atau
(vii) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM41: P1T8)
dan
(viii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

GUGUSAN : SAINS DAN TEKNOLOGI
FAKULTI SAINS GUNAAN FAKULTI SAINS KOMPUTER & MATEMATIK
BIDANG BIDANG
• FIZIK • MATEMATIK
• KIMIA • SAINS KOMPUTER
• BIOLOGI
(b) Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM45
(i) Ijazah Sarjana (Masters) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia; atau
(iii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: P1T4)
dan
(vi) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(c) Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM51
(i) Memiliki kelayakan seperti perenggan (b) di atas; dan
(ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(d) Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM53 (Profesor Madya)
(i) Memiliki kelayakan seperti di perenggan (b) di atas; dan
(ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(e) Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred Khas C (Profesor)
(i) Memiliki kelayakan seperti di perenggan (b) di atas; dan
(ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan
(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
Nota : KEUTAMAAN DIBERI KEPADA CALON-CALON YANG MEMILIKI KELULUSAN IJAZAH
DOKTOR FALSAFAH (PH.D) DALAM BIDANG-BIDANG YANG BERKENAAN.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON
1. Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan.
2. Calon-calon kenaikan pangkat secara lantikan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada
tarikh lantikan.
3. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun
MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN
KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMASKINI.
4. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:
• Kad Pengenalan
• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
• Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci)
• Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambilkira
pengalaman kerja/ penetapan gaji
• Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/Badan
Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
5. Nama bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul
surat permohonan.
6. Keutamaan hanya diberi kepada calon-calon yang memiliki CGPA 2.75 dan ke atas bagi Gugusan
Sains & Teknologi di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
7. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa
kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.
8. Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga.
9 Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan
adalah dianggap tidak berjaya.
10. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di kampus-kampus cawangan.

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang
boleh didapati sendiri di Bahagian Pengurusan Perjawatan, Pejabat Pendaftar, UiTM Shah Alam atau
boleh juga diperolehi dengan melayari laman web UiTM di http://www.uitm.edu.my
Tarikh tutup permohonan ialah pada hari ISNIN, 21 DISEMBER 2009.
Sila kemukakan permohonan kepada:
UNIVERSITI
TEKNOLOGI
MARA

PENDAFTAR
BAHAGIAN PENGURUSAN PERJAWATAN
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
NO.TEL: (03) 55443077 / 55443083 / 55443084 / 55211314
EMAIL: perjawatan@salam.uitm.edu.my

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails