Wednesday, December 9, 2009

Antara hati hidup dan hati mati

Apa beza hati hidup dan hati mati?.. Ada saper yang tahu?.. Em kay lah ini aku nak share skit pasal topik ni. Mengikut pandangan ustaz yang tazkirah di Surau kat rumah aku ialah:

1. Hati hidup apabila dengar azan terus bersiap cepat utk kemasjid tetapi hati mati apabila dengar seruan azan wat tak tau je..bleh relax lg lepak2 kat rumah.

2. Hati hidup (lebih hidup) sembahyang dgn khusyuk serta menangisi dosa didepan Allah berbanding dgn org lain yang sembahyang(tetapi tidak menangisi dosa).

3. Hati hidup lembut dan mendengar nasihat daripada Allah melalui Al-Quran, Hadis Nabi dan Para Ulama.

4. Hati hidup adalah hati yang perjalanan kehidupan dunia adalah untuk kehidupan di akhirat nanti, hati mati hati berfikir dunia dunia, akhirat akhirat (sekular).

5. Hati hidup setiap perlakuan ada hubungannya dengan Allah dan akhirat, contohnya seperti amalan para sufi, apabila membasuh tangan kanan berdoa supaya menerima suratan amalan di tangan kanan bukan ditangan kiri, apabila membasuh kaki berdoa supaya ditetapkan kaki senang berjalan dititian sirat di akhirat kelak..

Jadi kesimpulannya, hati hidup adalah hati yang selalu bertentangan dengan kehendak nafsu.
nafsu = sesuatu perkara/kehendak yang inginkan kenikmatan dengan kadar segera.

1 comment :

IYAN1982 said...

terima kasih artikelnya menarik untuk dibaca dan ingat terus akan mati agar terus beriman pada sang kholik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails