Selasa, 10 November 2009

Mimpi-mimpi nabi

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata,
Nabi  Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang  menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan.... ...."

1. Aku telah  melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan  keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu  terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA  KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.


2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh  berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari  umatku
sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis  lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS  IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku
diseret dengan  rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari  mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat  Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK  telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa  dahaga
yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang  dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS  KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku  melihat umatku cuba
untuk mendekati kumpulan para  nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia  akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA  sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang  dari umatku
berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya,  sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari  kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku   cuba
berbicara dengan golongan  orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah  SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu  menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara
mereka  dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke  mukanya,maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH  SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

SABDA  RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH
PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAINWALAUPUN  DENGAN SEPOTONG AYAT"

1 ulasan :

Unknown berkata...

Salam...1 info yg memberikan kesedaran kpd kita semua.Buatlah kebaikan sbyk mana yg mampu....tujuan kehidupan mencari ketenangan utk bekalan di Hari Kemudian :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails