Rabu, 4 November 2009

Kisah Disebalik April Fool


Mungkin ramai lagi umat islam yg masih tidak tahu akan sejarah sambutan April fool serta tidak segan silu untuk menyambutnye. Sekarang saya akan dedahkN KISAH disebalik sambutan tersebut.

April fool adalah perayaan yang dirayakan setelah kejatuhan kerajaan islam di Andalusia dan Sepanyol. Kerajaan islam Andalus telah dijatuhkan oleh tentera-tentera kristian setelah lebih 500 tahun bertapak disana. Penduduk2 islam pada masa itu di Granada semuanya telah berlindung dalam rumah masing2. Tetapi puak kafir kristian masih tidak berpuas hati selagi tidak dapat menghapuskan Islam di Andalus.

Oleh itu mereka telah membuat tawaran kepada penduduk islam untuk keluar belayar dari sepanyol dengan cara baik dan membawa barang-barang keperluan mereka dengan kapal-kapal yang telah disediakan oleh puak kristian. Orang islam yang kurang percaya dengan tawaran itu telah keluar dan melihat sendiri kapal-kapal yang telah dijanjikan oleh mereka itu. Setelah terbukti memang ada kapal yang dimaksudkan itu mereka beramai-ramai bersiap dan keluar dari rumah masing2.

Keesokkannya pada 1 April, org islam beramai-ramai menuju kepelabuhan. Pihak kristian pula telah masuk kerumah-rumah orang islam, menggeledah dan membakar rumah-rumah tersebut.

Org islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana kapal2 telah juga telah dibakar. Tentera kristian kemudian menyerang org islam yg dalam perjalanan kepelabuhan dan membunuh semua skali termasuk wanita dan anak2 kecil.


Peristiwa pembunuhan inilah yg dirayakan oleh org kristian dan dipanggil April fool. Amat malang skali bagi org2 islam yg jahil turut sama menyambutnye.

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails