Jumaat, 23 Oktober 2009

Microsoft lancarkan Windows 7

Microsoft lancarkan Windows 7
NEW YORK 22 Okt. - Microsoft Corp. melancarkan Windows 7 hari ini yang merupakan keluaran paling penting dalam tempoh lebih satu dekad, dengan tujuan memenangi semula hati pelanggan selepas Vista yang mengecewakan, dan untuk menguatkan kembali pengaruhnya dalam pasaran komputer peribadi.

Syarikat perisian komputer terbesar dunia itu yang menguasai lebih 90 peratus komputer peribadi, telah menerima ulasan yang baik terhadap sistem operasi baru itu, yang diharapkan dapat mengembalikan momentum daripada Apple Inc. dan Google Inc.

"Ia adalah keluaran Windows yang paling penting dalam tempoh sedekad," kata penganalisis Pacific Crest Securities, Brendan Barnicle kepada Reuters.

"Kegagalan Vista menyebabkan orang ramai mula mempersoalkan bagaimana Microsoft masih relevan dalam ruang teknologi tersebut.

"Justeru, ini adalah langkah pertama yang kritikal bagi Microsoft untuk mendapatkan semula kredibiliti itu," katanya.

Sistem baru berkenaan adalah lebih cepat, kurang berkelompok dan mempunyai paparan sentuh baru - muncul selepas hampir tiga tahun pelancaran Vista, yang mana ciri kompleksnya mengecewakan ramai pengguna di rumah dan pelanggan perniagaan.

Kejayaan Windows yang menjana lebih dari separuh daripada keuntungan Microsoft - adalah sangat penting kepada Ketua Eksekutif, Steve Ballmer untuk mengembalikan imej syarikat sebagai firma perisian komputer paling penting dunia.

"Saya akui saya agak bergelut sedikit," katanya kepada sekumpulan pengguna dan rakan sekutu Microsoft di Toronto semalam, sambil menambah bahawa dia sendiri bersedia untuk membuat panggilan jualan terhadap Windows 7.

Penjualan tidak akan memberi impak kepada Microsoft yang dijangka akan menunjukkan keuntungan suku tahun yang lebih rendah esok.

Microsoft meletakkan Versi Windows 7 - Home Premium dengan harga AS$199.99 (RM676) atau AS$119.99 (RM405) kepada pengguna yang menaik taraf daripada versi sistem operasi yang terdahulu yang merupakan lebih rendah berbanding harga untuk Vista. - Reuters
Sumber Utusan Malaysia..

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails